Ramai sahabat-sahabat FPL bertanya, bagaimana untuk sentiasa mengekalkan ranking tinggi setiap musim. Jika anda ingin sentiasa mendapat ranking tinggi dalam liga setiap musim. Jangan lepaskan peluang untuk membaca artikel ini sehingga habis.
Berikut ialah 8 tips asas dalam Fantasy Premier League untuk sentiasa kekalkan ranking tinggi.
1. Mulakan pasukan dengan bilangan pemain yang terjamin
Diawal musim pastikan anda sentiasa memulakan dengan memilih 15 pemain FPL yang anda sudah tahu dari musim sebelumnya akan memberikan mata yang tinggi, sentiasa bermain 90 min, dan pemain utama. Elakkan mengambil pemain yang anda tidak pasti kemampuannya dan tidak terjamin mata yang akan diberikan.
2. Abaikan Ownership tinggi
Tentu anda biasa mendengar ayat ini 'kalau nak cepat naik ranking, ambil lah pemain yang low ownership'. Pendapat ini salah sama sekali, dalam memilih pemain FPL, sebenarnya anda perlu abaikan ownership, sasarkan pemain yang akan memberikan paling banyak mata, walaupun ownership tinggi, kalau dia memberikan banyak mata, anda mesti memilikinya. Bukan ownership yang menentukan ranking anda, tetapi mata yang diberikan akan menentukan.
3. Jangan tembak dalam memilih kapten
Pastikan anda tidak hanya membaling dadu atau hentam sahaja dalam memilih kapten. Pilihlah kapten yang anda rasa memiliki paling banyak peluang untuk memberikan mata. Jangan juga terlalu mencari differenttial kerana yang menaikkan ranking bukan faktor differential tetapi faktor mata yang diperolehi kapten anda. Mata kapten anda didarab dua bukan sedikit tau, faktor Form, Class, dan Fixtures adalah ciri utama kapten terbaik.
4. Jangan mengagak keputusan
Jangan mengagak keputusan perlawanan atau mata yang pemain anda akan berikan kerana didalam bolasepak apa sahaja boleh terjadi. Jadi, tumpukan kepada pemain yang berpotensi untuk mata yang tinggi dan berikan peluang kepada pilihan anda untuk 2 atau 3 perlawanan.
5. Harapan tinggi pada Hits
Elakkan memberikan harapan tinggi kepada Hits, setiap transfer yang dilakukan dengan tolakan mata -4, -8, ataupun -12 belum tentu memberikan anda jaminan pulangan mata berbaloi. Cuba jangan bergantung harap kepada Hits terlampau banyak kerana Hits belum tentu dapat menjamin ranking anda meningkat kerana tolakan mata tanpa pulangan mata berbaloi bermaksud jaminan penurunan anda dalam ranking.
6. Jangan paksa pemain keluar dari pasukan anda
Jangan memaksa pemain yang cedera, kad merah, tidak perform, atau tidak bermain untuk keluar dari pasukan anda dalam hanya satu gameweek. Rancang transfer anda dengan cara yang terbaik. Kadang-kadang kita akan kecewa dengan pemain yang tidak perform minggu ini, terus kita ingin menyingkirkannya. Lihat dahulu potensi matanya untuk minggu-minggu akan datang. Sering terjadi pemain dikeluarkan pengurus FPL, dan pemain itu perform pada minggu seterusnya.
7. Jangan bazirkan transfer
Jangan membazirkan transfer anda, maksudnya jangan bazirkan transfer kepada pemain yang tidak konsisten. Jangan transfer pemain tertentu kemudian gameweek akan datang anda akan jual dia semula untuk dapatkan pemain yang anda inginkan. Pastikan anda menggunakan setiap transfer anda untuk mendapatkan pemain yang konsisten dengan mata yang tinggi. Tiada ayat 'saya ambil dia dulu minggu ini, minggu depan saya jual balik'.
8. Jangan lakukan transfer penjaga gol (GK)
Setiap awal musim pastikan anda terus memilih seorang penjaga gol yang konsisten dan sejarah mata yang tinggi. Jangan merancang untuk menukar-nukar penjaga gol dengan kerap kerana ia akan membazirkan transfer anda. Ketika anda melakukan transfer menjaga gol, pengurus lain melalukan transfer pemain serangan dan tengah yang jika pemain tengah dan serangan tersebut menjaringkan gol atau assist, anda sudah pasti ketinggalan dalam ranking.
Tak menarik la
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas anda, kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan penambahbaikan😊.
Delete