February 15, 2020

Fantasy Football Tips : Powerful Differential

Ball Manager Malaysia : FPL Tips Powerful Differential

Terdapat dua taktik/kemahiran utama dalam differential, admin membahagikan kepada dua tahap supaya mudah difahami.

Tahap 1 : Powerful Differential
Tahap 2 : Gamble + Differential



Didalam artikel ini, kita akan membincangkan mengenai Differential Tahap Pertama iaitu Powerful Differential.

Maksud sebenar Differential dalam FPL ialah memiliki pemain yang akan memberikan point paling tinggi ataupun pemain yang paling perform dalam pasukan FPL kita sehingga mewujudkan perbezaan pasukan(team differential) dengan pasukan-pasukan FPL lain.

Mengambil pemain paling perform atau pemain yang akan memberi point yang tinggi bermakna kita perlu mengambil Salah, Mane, TAA dari Liverpool, KDB dari City, Aubameyang dari Arsenal, Abraham dari Chelsea, Vardy dari Leicester City, dan Jimenez dari Wolves.

Top 12 Pemain PL musim 2019/20

Macam mana pemain yang High Ownership dikatakan Differential?

Ok kita lihat ownership beberapa pemain, Salah dimiliki oleh 45% pasukan FPL, bermakna 55% pasukan tidak memilikinya. Kevin De Bruyne dimiliki oleh 53% pasukan, bermakna 47% tidak mempunyai KDB. Vardy dimiliki 37% sahaja dan 63% pasukan tidak memilikinya.

Ini bermakna hampir separuh sahaja daripada 5 juta pasukan FPL hanya memiliki seorang atau dua orang pemain High Ownership ini, samada Salah&Vardy sahaja, Salah&Aguero sahaja, ataupun KDB&Vardy sahaja.

Jadi akan jadi Differential apabila kita memiliki tiga dari pemain ini atau memiliki keempat-empat pemain ini dalam pasukan atau pun lebih ramai pemain-pemain seperti ini dalam pasukan kita.

Semakin ramai pemain terbaik dalam pasukan bermakna semakin Differential/Berbeza pasukan kita dengan pasukan lain.

Mewujudkan Team Differential akan menghasilkan pasukan yang kuat dengan Differential yang kuat(Powerful Differential).

Ia sangat bergantung bagaimana kita menguruskan budget kerana pasukan yang lemah dalam mengurus budget biasanya akan gagal membina Team Differential.

Kesimpulannya Powerful Differential akan tercapai dengan membina Team Differential yang memiliki seramai mungkin pemain yang bagus dalam pasukan kita.

Berikut Pandangan Rakan-rakan FPL yang dipetik dari FB komuniti FPL:











Terima kasih diatas sokongan anda, jangan lupa sertai BMM di FB.

No comments:

Post a Comment