Balance FPL squad |
1. Sumber mata-mata(points) fantasi berdasarkan posisi pemain-pemain.
2. Sumber mata-mata fantasi berdasarkan harga pemain-pemain.
3. Peratusan pembahagian bajet terbaik bagi setiap posisi.
4. Pengkelasan harga pemain-pemain.
5. Formasi terbaik berdasarkan bajet.
6. Cara-cara supaya tidak terlebih belanja di mana-mana posisi.
Seterusnya kita akan pergi dengan lebih terperinci bagi memahami 6 perkara diatas.
1. Sumber mata-mata fantasi berdasarkan posisi.
Kajian telah dilakukan terhadap data-data bagi 8 musim FPL untuk melihat bagaimana peratusan mata-mata fantasi mengikut posisi, berikut adalah keputusannya:
GK
|
DF
|
MD
|
ST
|
13%
|
14%
|
36%
|
36%
|
2. Sumber mata-mata fantasi berdasarkan harga pemain.
Data dari 8 musim FPL juga digunakan untuk melihat dari manakah sumber mata fantasi terbesar berdasarkan harga. Nilai peratusan dibawah adalah hasilnya:
5.5-6.5
|
6.5-7.5
|
9.0-10.0
|
11.0-12.0
|
Value(Million)
|
GK
|
DF
|
MD
|
ST
| |
22%
|
19%
|
30%
|
29%
|
3. Peratusan pembahagian bajet terbaik mengikut posisi.
Pengurus juga perlu mengetahui apakah peratus bajet terbaik bagi setiap posisi untuk 2 Penjaga gol, 5 Petahanan, 5 Pemain tengah, dan 3 Penyerang. Berikut adalah peratusan bajet berdasarkan kajian yang dilakukan.
GK
|
DF
|
MD
|
ST
| |
10%
|
20%
|
35%
|
35%
| |
10M
|
20M
|
35M
|
35M
|
For team value 100M.
|
Dari keputusan kajian peratusan bajet, dapat kita fahami bahawa bajet untuk dua penjaga gol sebaiknya tidak melebihi 10M iaitu dalam 10% sahaja dari keseluruhan bajet. Ini boleh dilakukan dengan beberapa kaedah contohnya dengan mengambil seorang penjaga gol mahal berharga 6M dan seorang lagi berharga 4M atau mengambil dua penjaga gol berharga 5M.
Untuk posisi Pertahanan, Pemain Tengah, dan Penyerang pula lebih flexible mengikut keadaan tetapi tidak sepatut berbeza jauh dari nilai diatas, sebaiknya +-5M dari nilai diatas.
4. Pengkelasan harga pemain-pemain.
Mengetahui kelas harga pemain adalah antara asas penting seorang pengurus, ia sangat membantu dalam membina pasukan yang seimbang dari segi bajet. Kelas harga pemain dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu Murah, Sederhana, dan Mahal(Cheap, Average, and Expensive).
GK
|
DF
|
MD
|
ST
| |
Cheap
|
2.0-4.4M
|
2.0-4.4M
|
5.0-7.9M
|
5.0-8.9M
|
Average
|
4.5-5.5M
|
4.5-5.5M
|
8.0-9.9M
|
9.0-11.9M
|
Expensive
|
5.6-7.5M
|
5.6-8.0M
|
10-15M
|
12-17M
|
5. Formasi terbaik berdasarkan bajet.
Dari data dan hasil kajian dari 4 perkara diatas dapat kita fahami bagi mendapatkan formasi terbaik. Formasi yang dipilih sepatutnya ialah formasi yang memaksimumkan peluang untuk mendapatkan mata yang tinggi berdasarkan data-data diatas.
Kita sudahpun mengetahui bahawa Pemain Tengah dan Penyerang adalah sumber mata fantasi terbesar, jadi apakah formasi yang mengoptimumkan dua posisi ini?
Jawapannya ialah formasi 3-4-3. Kebiasaannya, pengurus berpengalaman akan sentiasa menggunakan formasi dengan jumlah pemain pertahanan yang sedikit seperti formasi 3-5-2 atau 3-4-3. Ini adalah strategi terbaik untuk mendapatkan lebih mata daripada posisi-posisi terbaik.
Formation 3-4-3
| |||||
ST
|
ST
|
ST
| |||
MF
|
MF
|
MF
|
MF
| ||
DF
|
DF
|
DF
| |||
GK
| |||||
Formation 3-5-2
| |||||
ST
|
ST
| ||||
MF
|
MF
|
MF
|
MF
|
MF
| |
DF
|
DF
|
DF
| |||
GK
| |||||
Substitution:
|
GK
|
DF
|
MF
|
ST
|
6. Cara-cara supaya tidak terlebih belanja(overspending) di mana-mana posisi.
Terdapat banyak kaedah untuk mengelakkan terlebih belanja, berikut adalah beberapa caranya:
1- Rujuk kembali pada perkara 1-5 yang telah dinyatakan diatas kerana ianya juga adalah sebahagian caranya.
2- Sentiasa merujuk kepada Kelas Harga Pemain.
3- Harga untuk dua Penjaga Gol sepatutnya tidak melebihi 10M, dapatkan kombinasi yang anda inginkan (Expensive-Cheap) atau (Average-Average).
4- Dapatkan pemain murah yang bermain 90min dan memiliki jadual perlawanan yang bagus.
5- Jangan letakkan terlampau banyak bajet pada pemain-pemain dibangku simpanan.
6- Pastikan pasukan kita sentiasa seimbang di segenap posisi. Dibawah adalah contoh pasukan yang seimbang.
Balance FPL squad |
Jika anda menyukai artikel ini, jangan lupa like Page BMM di facebook, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai pertandingan anjuran BMM.
No comments:
Post a Comment