July 27, 2019

Faham Tiga Kategori Utama Ilmu/Informasi FPL

ASAS ILMU FPL: Faham Tiga Kategori Utama Ilmu/Informasi FPL
Faham Tiga Kategori Utama Ilmu/Informasi FPL
Ilmu/informasi FPL boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu:


1. Long Term Information

   Ilmu Jangka Panjang ialah ilmu FPL yang kita pelajari dan kegunaannya adalah untuk jangka panjang.

   Kelompok ilmu yang termasuk dalam kategori ini kebanyakannya adalah terdiri daripada Teknik-teknik dan Taktik-taktik Bermain FPL.

Contohnya:

a) Mini Wildcard
b) Powerful Differential
c) Budget Management
d) Balance Squad/Formation
e) Budget Lock/Unlock
f) Individual Collective Intelligent
g) Team Collective Intelligent
h) Bargain Detector

2. Short Term Information

   Ilmu Jangka Pendek pula bermaksud ilmu itu hanya bermanfaat untuk seketika, kebiasaanya hanya 1 game week(GW), pada GW seterusnya ilmu itu tiada guna lagi.

   Kelompok besar ilmu ini ialah Informasi Semasa Pemain & Pasukan Premier League. Juga di panggil Tips FPL.

Contohnya:

a) Info lineups pasukan PL
b) Info Kecederaan/Penggantungan Pemain
c) Transfer Tips/Options
d) Stats Pemain
e) Form Pemain
f) Fixtures Difficulty
g) Captain Options

3. Ilmu Troll FPL

   Kamus dewan menafsirkan perkataan Troll sebagai "mengail tunda". Kalau istillah nelayan mengail tunda ialah meletakkan umpan pada mata kail, kemudian dilepaskan umpan kelaut dengan keadaan bot terus bergerak.

   Tunggu sahaja umpan mengena. Maksudnya ialah umpan itu adalah tips FPL, kita menyangkakan ianya adalah tips FPL sebenar umpama ikan yang menyangka umpan adalah makanan sebenar, tetapi hakikatnya didalam umpan itu ada mata kail yang bertujuan menjerat kita kepada sesuatu yang sebenarnya menyakitkan dan membunuh ramai Pengurus FPL.

   Ilmu troll FPL kebanyakannya dibuat oleh mereka yang sangat pakar dengan FPL secara terancang, terutama mereka yang berada di peringkat antarabangsa yang bertujuan menjatuhkan Pengurus-pengurus FPL yang biasa secara beramai-ramai sekaligus kerana kepentingan mereka untuk meluaskan peluang mereka bagi memenangi pertandingan yang mereka sertai.

   Mereka sanggup melakukan semua ini kerana ganjaran luar biasa ditawarkan pertandingan dikalangan mereka.
Ilmu troll kebanyakannya terdiri daripada Short Term Information yang direka secara terancang.

Maksud Troll
Maksud Troll

No comments:

Post a Comment