Dalam artikel ini, saya akan berkongsi kaedah terbaik untuk menyusun dan menggunakan chips FPL secara efektif. Anggaplah kita masih mempunyai semua chips utama seperti Wildcard (WC), Free Hit (FH), Bench Boost (BB), dan Triple Captain (TC). Dengan strategi yang betul, anda boleh memaksimumkan skor pasukan dan meraih kedudukan tertinggi dalam liga.
FPL adalah permainan harian yang membolehkan pemain membina pasukan dari pemain-pemain sebenar Liga Perdana Inggeris (EPL). Pemain akan memperoleh mata berdasarkan prestasi sebenar pemain mereka di atas padang. Salah satu aspek penting dalam FPL ialah penggunaan chips, yang memberi kelebihan taktikal untuk meningkatkan skor pasukan.
Peraturan Utama Penggunaan Chips FPL:
1. Sekali chips diaktifkan, ia tidak boleh dibatalkan atau digunakan semula dalam minggu yang sama.
2. Dalam satu Gameweek (GW), hanya satu chips sahaja boleh digunakan. Maksudnya, anda tidak boleh menggunakan dua chips sekaligus dalam satu GW.
![]() |
EPL Difficulty Table GW32-38 |
Penerangan Ringkas Setiap Chips FPL dan Kelebihannya:
1. Wildcard (WC)
Membolehkan anda menukar seluruh pasukan tanpa penalti, melebihi jumlah perpindahan percuma yang ada. Kelebihannya, anda boleh melakukan perubahan besar-besaran untuk meningkatkan prestasi pasukan anda secara keseluruhan.
2. Free Hit (FH)
Membolehkan anda menukar pemain melebihi jumlah perpindahan percuma untuk satu minggu sahaja tanpa penalti. Selepas GW tersebut, pasukan kembali ke formasi asal seperti sebelum penggunaan FH. Baca penulisan kami berkaitan Enam Perkara Yang Perlu Difahami bekaitan Free Hits Chips untuk lebih memahami.
3. Bench Boost (BB)
Mata dari semua 15 pemain, termasuk pemain di bangku simpanan, akan dikira. Ia sangat berguna apabila pasukan anda mempunyai pemain yang berpotensi memperoleh mata tinggi dalam GW tertentu.
4. Triple Captain (TC)
Mata kapten yang dipilih akan digandakan tiga kali ganda, memberi peluang untuk mendapatkan mata yang sangat tinggi jika pemain tersebut beraksi cemerlang.
Strategi Maksimumkan Penggunaan Chips FPL:
Jadi setelah kita tahu WC dan BB sesuai digunakan pada minggu yang berturut-turut. Kita perlu mencari DGW yang boleh dilakukan BB dan WC boleh dilakukan pada minggu sebelum itu.
Untuk maklumat dan strategi lain, anda juga boleh membaca artikel berikut:
1. Gunakan BB, TC, dan FH semasa Double Gameweek (DGW)
DGW adalah peluang terbaik kerana pemain akan bermain lebih banyak perlawanan dan berpotensi memperoleh mata berganda. Sentiasa melihat Difficulty Table terkini untuk mendapat maklumat Double Gameweek.
2. Gunakan BB selepas Wildcard
Lebih berkesan jika digunakan selepas melakukan WC, kerana anda sudah menyesuaikan pasukan mengikut keperluan.
3. Gunakan TC dan FH secara solo dalam minggu biasa
Kelebihan ini membolehkan anda menumpukan perhatian kepada minggu tertentu tanpa perlu bergantung kepada pasukan lain.
Jadi setelah kita tahu WC dan BB sesuai digunakan pada minggu yang berturut-turut. Kita perlu mencari DGW yang boleh dilakukan BB dan WC boleh dilakukan pada minggu sebelum itu.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, rancang penggunaan chips anda dengan teliti. Contohnya:
- DGW34: Gunakan Wildcard untuk melakukan perubahan besar.
- DGW35: Gunakan Bench Boost untuk memanfaatkan semua pemain.
- Minggu Sebelum DGW: Gunakan Wildcard dan Free Hit untuk menyesuaikan pasukan.
Contoh Perancangan:
- Wildcard (WC) di DGW34 untuk menyesuaikan pasukan.
- Bench Boost (BB) di DGW35 untuk mendapatkan mata dari semua pemain.
- Triple Captain (TC) dan Free Hit (FH) boleh digunakan pada minggu-minggu tertentu sebelum atau selepas DGW, bergantung kepada jadual perlawanan.
![]() |
Perancangan Penggunaan Chips FPL |
Perancangan ini membantu anda memanfaatkan peluang terbaik dalam setiap GW dan meningkatkan peluang memperoleh mata tinggi serta menaikkan ranking.
Selain itu, tandakan perlawanan yang berpotensi tinggi untuk kaptenkan dengan simbol 'C'. Pilih pemain yang dijangka akan memberi sumbangan mata maksimum. Teknik Pemilihan Kapten: Form, Class, and Fixtures dapat membantu anda memilih kapten dengan betul.
Semoga tips ini membantu anda memaksimumkan mata pasukan dan mencapai kedudukan terbaik dalam liga FPL anda!
Terima kasih diatas sokongan anda, jumpa lagi didalam artikel-artikel akan datang.
No comments:
Post a Comment