December 29, 2018

Teknik Pemilihan Kapten: Form, Class, and Fixtures

   Artikel ini akan menjelaskan kaedah-kaedah untuk memilih kapten bagi setiap minggu.

   Apa yang boleh dipelajari diakhir artikel ini ialah pengurus FPL akan dapat menilai kapten-kapten berpotensi dengan sendiri menggunakan kaedah mudah ini.
Teknik Pemilihan Kapten




   Terdapat tiga pekara penting yang perlu difahami untuk melakukan pemilihan kapten yang tepat iaitu Jadual Kesukaran(Fixtures), Persembahan(Form), dan Kelas(Class).

   Ketiga perkara ini perlu digabungkan bagi mendapatkan senarai kapten yang paling berpotensi.

1. Persembahan(Form)

   Untuk menilai pemain yang mempunyai persembahan terbaik adalah sangat mudah. Kita boleh merujuk pada statistik "Form" pada laman Statistic FPL (fantasy.premierleague.com) ataupun boleh merujuk banyak lagi laman statistik lain.

   Tetapi pada pandangan saya laman Player Statistics yang disediakan laman (whoscored.com) adalah paling terbaik dan tepat dengan memilih Shot On Target pada ruangan Details.

   Berikut adalah senarai 10 pemain dengan persembahan paling terbaik menurut statistik Whoscored:
Top 10 Shot On Target by whoscored.com
Top 10 Shot On Target by whoscored.com

Berikut adalah senarai nama pemain tersebut:

1. Harry Kane
2. Mohammed Salah
3. Paul Pogba
4. Aleksander Mitrovic
5. Eden Hazard
6. Pierre-Emerick Aubameyang
7. Raul Jimenez
8. Sergio Aguero
9. Felipe Anderson
10. Gylfi Sigurdson

2. Kelas(Class)

   Kelas(Class) bermaksud seseorang pemain itu berada pada satu tahap yang lebih tinggi berbanding pemain biasa dari segi persembahan.

   Pemain itu berada pada kelas tersendiri dan kebiasaan baginya melakukan lebih dari satu gol atau bantuan gol.

   Jika anda peminat bolasepak berpengalaman anda pasti dengan mudah boleh mengeluarkan beberapa nama dari senarai diatas yang berada pada kelas tersendiri.

   Satu lagi kaedah bagi mengenal pasti pemain yang mempunyai kelas tersendiri ialah dengan merujuk kepada harga pemain tersebut dalam FPL.

   FPL telah meletakkan harga mahal dan tinggi bagi pemain yang mempunyai kelas tersendiri.

   Jadi kita boleh kecilkan senarai diatas berdasarkan kelas tersendiri yang dimiliki mereka seperti berikut:

1. Harry Kane
2. Mohammed Salah
3. Paul Pogba
4. Eden Hazard
5. Pierre-Emerick Aubameyang
6. Sergio Aguero

3. Jadual Kesukaran(Fixtures)

   Dari 10 pemain, sekarang tinggal 6 orang sahaja. Seterusnya penilaian Jadual Kesukaran(Fixtures) perlu dilakukan, terdapat pelbagai Jadual Kesukaran di pelbagai laman Bolasepak Fantasi.

   Tetapi faktor perlawanan yang mudah dan digabungkan dengan perlawanan ditempat sendiri tidak boleh diabaikan kerana ia akan meningkatkan peluang pemain untuk menjaringkan lebih gol dan bantuan gol.

Berikut ialah Jadual Kesukaran yang disediakan BMM(ballmanagermalaysia.blogspot.com):
Analisis Jadual Kesukaran: Potensi serangan
Analisis Jadual Kesukaran: Potensi serangan

   Berdasarkan jadual diatas mata dari kotak hijau yang menunjukkan nilai negatif(-), semakin besar nilai itu bermaksud semakin tinggi peluang jaringan gol.

   Jadi dari enam pemain yang mempunyai Form dan Class berikut adalah kapten berpotensi bermula GW20:

GW 20, 29 Desember:
1. Sergio Aguero (-14) vs Sou(a)
2. Eden Hazard (-13) vs Cry(a)
3. Harry Kane (-3) vs WOL(H)

GW 21, 1 Januari:
1. Pierre-Emerick Aubameyang (-14) vs FUL(H)
2. Eden Hazard (-13) vs SOU(H)
3. Paul Pogba (-12) vs New(a)

GW 22, 12 Januari:
1. Eden Hazard (-16) vs NEW(H)
2. Sergio Aguero (-13) vs WOL(H)
3. Mohammed Salah (-8) vs Bri(a)

GW 23, 19 Januari:
1. Sergio Aguero (-16) vs Hud(a)
2. Harry Kane (-13) vs Ful(a)
3. Paul Pogba (-9) vs BRI(H)

   Setakat itu sahaja untuk artikel kali ini dan diharap secebis ilmu ini bermanfaat kepada pengurus fantasi bolasepak di Malaysia dan dapat menjimatkan waktu anda untuk membuat keputusan pemilihan kapten.

   Selamat bermain FPL secara sihat dan jangan lupa untuk kongsikan ilmu kepada rakan-rakan. Diharap dengan usaha pengkongsian ilmu kita disini dapat untuk kita lihat salah seorang pengurus dari Malaysia akan memecah rekod di ranking antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Jangan lupa like page FB Ball Manager Malaysia di www.facebook.com/ballmanagermalaysia. Sekian, bersama bangunkan bolasepak negara.

Artikel lain:
Jadual Kesukaran GW17-23
Kemahiran Mengesan Bargain Tahap Pertama

No comments:

Post a Comment