October 29, 2020

Shkodran Mustafi Tolak Kontrak Baru

Mikel Arteta diberitakan telah membuat tawaran kepada Mustafi supaya melanjutkan kontrak di Arsenal. 

Mustafi Tolak Kontrak Baru
Mustafi Tolak Kontrak Baru


   Bagaimanapun, menurut football.london, Mustafi telah menolak tawaran Arsenal itu.

Mustafi menyatakan dia lebih berminat untuk berpindah secara percuma ke Italy apabila kontraknya tamat pada tahun 2021 supaya dia lebih dekat dengan keluarganya di sana.


Baca: Mesut Ozil Tidak Layak Untuk Arsenal


Pemain pertahanan tengah berusia 28 tahun itu sempat beraksi sebanyak 15 perlawanan dibawah kendalian Arteta dan digambarkan oleh Arteta sebagai seorang yang sentiasa konsisten dan berkomitmen tinggi.

Mikel Arteta dilihat cuba melanjutkan kontrak Mustafi di Arsenal kerana dua orang pertahanan tengah iaitu Rob Holding dan David Luiz dilanda kecederaan.


Baca: Teknik Pemilihan Kapten. Form, Fixtures, atau Class


Walaupun Arsenal memiliki Gabriel yang baru ditandatangani, namun ianya dilihat tidak memadai untuk menghadapi jadual perlawanan yang padat.

Pemain muda berusia 19 tahun William Saliba mungkin akan mendapat peluang bermain sebagai pemain utama berikutan keadaan ini.

No comments:

Post a Comment