July 04, 2021

Kejohanan Fantasy Football Paling Popular 2021

Sudah pasti ramai sudah tertunggu-tunggu pertandingan fantasi bola sepak paling popular Liga Perdana Inggeris yang akan kembali pada 14 Ogos ini.

Pentandingan yang menjadi tumpuan utama peminat Liga Perdana Inggeris dari seluruh dunia ini disertai pelbagai lapisan masyarakat tidak kira usia.

Lebih menarik pertandingan ini juga banyak dimeriahkan oleh komuniti-komuniti Fantasy Premier League tempatan yang turut menyediakan perlbagai hadiah dan format pertandingan yang tidak kurang menariknya.

BMM telah menjalankan satu tunjauan melalui undian selama hampir dua bulan bermula 5 Januari hingga 5 Mac 2021. Sebanyak 24 kejohanan telah disenaraikan dan 735 orang pengurus fantasi bola sepak telah mengundi.

Berikut adalah Top 10 kejohanan dengan undian paling tinggi pada tahun ini.


PPFBM Liga Fantasi Negeri (LFN) dan Liga Fantasi Kebangsaan (LFK)PPFBM Liga Fantasi Negeri (LFN) dan Liga Fantasi Kebangsaan (LFK)

Kejohanan ini telah menerima undian terbanyak iaitu sebanyak 197 undian meletakkannya unggul di tangga teratas carta kejohanan fantasy football paling popular.

Ikuti catatan temubual kami bersama Presiden PPFBM Encik Zulkifli Samsudin ataupun lebih dikenali dengan Zoul Bucker.

"Kejohanan ini dibuat dibawah kelolaan Persatuan Pengurus Bolasepak Fantasi Malaysia (PPFBM),

Liga Fantasi Kebangsaan (LFK) adalah pasukan tempatan yang dibuat khas untuk mewakili setiap bandar, pekan, felda, atau felcra di negara ini.

Liga Fantasi Negeri (LFN) pula adalah kejohanan negeri dimana wakilnya adalah dikalangan peserta LFK tadi.

Tujuan wujudnya kejohanan ini adalah untuk merealisasikan impian bagi mewujudkan pasukan bola berorientasikan kelab tempatan, tetapi dibuat secara maya."

"Cabaran yang dihadapi ialah terdapat 8 kejohanan LFK yang hanya menggunakan akaun yang sama(1 akaun) tetapi diolah untuk menyertai pelbagai kejohanan yang berbeda format.

LFN pula dibuat dengan 5 kejohanan berbeda. Tetapi lebih menarik kerana ianya dibuat seperti dunia nyata dengan adanya jual beli pemain."

"Harapan saya ialah supaya kejohanan ini menjadi kejohanan fantasi yang paling disukai fantasian negara ini dan mendapat perhatian semua pihak supaya ianya dijadikan sebagai kejohanan rasmi negara."


Arena Fantasy Premiership AFP 7vs7

AFP 7vs7 mendapat undian kedua terbanyak iaitu sebanyak 94 undian.

Kami sempat menemubual Encik Nazarali Ali ataupun lebih dikenali sebagai Star Park untuk mengetahui sejarah pertandingan ini.

"Arena Fantasy Premiership AFP 7vs7 adalah pertandingan 7 lawan 7, dimana ianya berasal dari SKL hasil idea asal daripada Cikgu Isfandi Adi."

"SKL telah bermula lebih awal iaitu sekitar tahun 2015, pertandingan ini telah berkembang sangat pesat dengan sambutan luar biasa pengurus fantasi."

"Pada tahun 2018 beberapa orang admin termasuk Star Park telah meneruskan legasi pertandingan 7vs7 ke AFP yang kini sudah memasuki musim keempat."

"Kerana kesungguhan para admin dan ramai admin baru yang ingin meneruskan legasi pertandingan terawal dan terbesar ini, ianya masih berjalan sehingga sekarang untuk tatapan para peminat fantasi."

"Liga 7vs7 adalah antara liga terbesar dengan peserta berjumlah 1680 orang yang terbahagi kepada 12 division."


Tridos Tourney

Ditempat ketiga dengan 63 undian ialah Tridos Tourney, ikuti temubual kami bersama pengendali Tridos iaitu Encik Mohd Sarfawi Abdul Latif ataupun Tuan Askar Babyy.

"Perkataan Tridos diambil dari singkatan Trio(TRI) Double(DO) Single(S) dimana setiap team terdiri dari slot pemain single, double dan trio. Terdapat 3 admin utama iaitu Ujeng Cabana, Cikgu Wan Zamardy dan saya sendiri."

"Tournament percuma ini asalnya dimainkan oleh 6 orang sepasukan dan dinamakan tridos championship. Tapi pada season 2016/2017 kami kembangkan kepada permainan 15 sepasukan dan tournament ini pula dinamakan Tridos Extended. Kewujudan tournament baru ini atas kesedaran kami utk memberikan kepelbagaian pada tournament FPL..."

"Sebagai pengendali tournament, terdapat beberapa cabaran terutama pada permulaan kejohanan ini.. Antaranya seperti pasukan yang sudah booking slot kejohanan menarik diri disaat akhir, dan juga meninggalkan kejohanan di pertengahan kejohanan. Kata-kata sindiran dari peserta yang tewas atau yang menerima kritikan. Tetapi ini semua dapat ditanggani sebab sebelum ini saya ada pengalaman bersama En. Nazri (ngantuk ler plak) mengendalikan tournament TRIO BKKB."

"Sudah pasti saya mengharapkan dengan kehadiran kami di arena fantasi Malaysia adalah untuk silaturahim antara peserta, mereka dapat mengenali satu sama lain terutama peserta free agent. Tiada kenalan untuk setup team dan kami tolong create team untuk mereka bermain bersama-sama."

"Kami juga sentiasa memperbaiki segala kelemahan kami dari masa ke semasa dan berharap akan ada pelapis yg sanggup untuk meneruskan tournament ini selepas saya bersara kelak, mungkin dalam 3 atau 4 tahun lagi."

"Kepada mereka yg menyertai tournament ini, kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas support kepada kami. Tridos ada kerana anda sentiasa support kami."

Berikutnya ialah pertandingan yang menduduki tangga keempat sehingga kesepuluh.

    
Benyahya Fantasy League
45 undian


MFFM Malaysia League
43 undian


Legends Fantasy Football
41 undian


Malaysian European Fantasy Club
31 undian, MEFC sudah dihentikan dan digantikan dengan LFN dan LFK

FPL Liga Al-Sufi
23 undian

Guard Style MotoGP League
20 undian

 
AFP Lovebite Arena
20 undian

Sesungguhnya senarai ini hanyalah sebahagian daripada pertandingan-pertandingan fantasi di Malaysia yang BMM cuba ketengahkan. Masih banyak lagi pertandingan yang tidak mampu disenaraikan disini, mungkin Tuan/Puan boleh komen untuk dimasukkan pada masa akan datang.

BMM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan undian sepanjang survey ini berjalan. 

Diharap survey ini dapat membantu semua pengurus fantasi mencari kejohanan yang diminati untuk disertai.

"Play Smart, Always Learning, and Enjoy The Game"

No comments:

Post a Comment