October 26, 2020

Mesut Ozil Tidak Layak Untuk Arsenal

Mesut Ozil ialah pemain tengah kreatif yang tidak lagi disenaraikan untuk kejohanan utama Arsenal walaupun kontraknya masih belum tamat.

Mesut Ozil Tidak Layak Untuk Arsenal
Mesut Ozil Tidak Layak Untuk Arsenal


Ramai peminat berang dangan tindakan Mikel Arteta dan pengurusan Arsenal ini.


Ianya seperti pengkhianatan dan sesuatu yang tidak patut dilakukan kepada pemain berkualiti seperti Mesut Ozil.


Baca: 15 Pemain Tidak Berbaloi Untuk Pasukan Fantasi 2020


Keadaan ini menyebabkan Ozil tidak lagi boleh bermain dan keadaannya juga tergantung tidak boleh berpindah ke kelab lain kerana kontrak masih berbaki sehingga tahun 2021.


Ball Manager Malaysia telah melalukan penilitian teliti terhadap situasi Mesut Ozil dan kami berpendapat Ozil tidak layak untuk Arsenal.


Berikut adalah sebab-sebab kenapa kami berpendapat sedemikian,


1. Arsenal tidak lagi menggunakan falsafah PEMAIN TENGAH KREATIF ataupun 'Creative Midfielder'.


Setelah ketiadaan 'Target Man' utama Arsenal seperti Oliver Giroud dan juga Alexis Sanchez.


Keperluan kepada pembuka peluang 'feeder' kreatif seperti Ozil seperti sudah tamat di Arsenal.


2. Mikel Arteta mengunakan falsafah bolasepak tanpa penyerang.


Falsafah bolasepak Mikel Arteta dilihat tidak memerlukan penyerang sejati dimana pemain-pemain tengah bermain lebih 'direct' dan kadang kala bertindak sebagai penyerang.


Ini bermaksud tiada 'target man' dalam pasukan dan juga tidak diperlukan pemain tengah yang kreatif semata-mata. 


Baca: Teknik Menguruskan Bajet Fantasy Premier League


3. Majoriti pemain-pemain Arsenal yang lain adalah baru dan muda.


Mereka kurang berpengalaman dengan gaya permainan kreatif Ozil.


Walaupun Ozil telah menyalurkan bola terus yang cantik tetapi pemain-pemain muda Arsenal tidak mampu meletakkan diri ditempat yang betul dan gagal membuat larian yang tepat.


Ini kerana pemain-pemain ini mempunyai tahap visi yang lebih rendah dan lebih sesuai bermain secara 'direct football'.


4. Tiada lagi pemain-pemain sokongan berpengalaman terutama di bahagian pertahanan Arsenal.


Ketiadaan pemain-pemain berpengalaman yang memiliki sifat kepemimpinan dibahagian pertahanan menyebabkan pemain tengah seperti Ozil hilang sokongan.


Ini kerana pemain pertahanan gagal menyerap tekanan apabila diserang lawan sekaligus tidak mampu membuka ruang untuk Ozil mencipta gerakkan.


Oleh itu, kami berpendapat pemain berpengalaman seperti Mesut Ozil tidak lagi layak untuk berada di Arsenal dan tiba masanya Ozil mencari kelab lain yang lebih menghargai bakatnya. 


Bagaimana pendapat anda, kelab manakah lebih layak untuk Ozil?


Baca: Teknik Pemilihan Kapten. Form, Fixtures, atau Class

No comments:

Post a Comment