Keputusan Premier League malam tadi yang menyaksikan kekalahan Liverpool kepada Chelsea di gelanggang sendiri mencatatkan detik duka baru setelah 128 tahun penubuhannya.
Kalah satu gol berbalas kosong hasil jaringan tunggal Mason Mount pada minit ke 42 perlawanan merupakan kekalahan kelima berturut-turut di Anfield.
Liverpool kalah 5 perlawanan berturut-turut di Anfield pada musim ini,
0-1 Chelsea
0-2 Everton
1-4 Man City
0-1 Brighton
0-1 Burnley
Lebih teruk dari itu apabila pemain-pemain seperti tidak bermaya dan Klopp hilang sentuhan magis Gengen Pressing nya.
Ini dibuktikan apabila hanya satu percubaan tepat kearah pintu gawang Chelsea dihasilkan sepanjang 90 minit perlawanan.
Dengan peluang untuk mengekalkan kejuaraan Premier League sudah pun tertutup rapat.
Liverpool kini sudah 10 jam gagal menjaringkan gol melalui Open Play dan hanya berjaya mengumpul 1 mata dari 21 peluang mata sejak bulan sembilan.
Jadi apakah sebenarnya yang telah terjadi?
Berikut adalah pendapat Ball Manager Malaysia,
1. Trio Mane Salah Firmino yang mudah dibaca
Trio hadapan Liverpool tidak menunjukkan apa-apa ancaman sepanjang perlawanan.
Ini adalah kerana mereka adalah Trio yang sengat kerap digunakan Liverpool dan pasukan-pasukan Premier League lain sudah boleh membacanya.
Klopp menyedari perkara ini dan cuba membawa tenaga baru dengan membeli Diogo Jota dari Wolverhampton FC tetapi malangnya Jota kerap dilanda kecederaan.
2. Kurang rotation
Pemain-pemain Liverpool kurang digilir-gilirkan pada musim ini walaupun pada hakikatnya jadual lebih padat dari musim lepas menyebabkan pemain tidak mempunyai waktu mencukupi untuk memulihkan kecergasan masing-masing.
3. Pemain simpanan bahagian serangan yang tidak berkemampuan
Pemain simpanan pada bahagian serangan Liverpool dilihat tidak mampu memberikan impak kepada pasukan apabila menggantikan pemain-pemain utama menyebabkan Jurgen Klopp terpaksa menurunkan pemain-pemain pasukan junior ataupun terus memasukkan pemain utama walaupun tidak betul-betul cergas.
Divock Origi yang sebelum ini pernah mendapat gelaran supersub tidak lagi menyengat pada musim ini.
Minamino(sebelum dipinjamkan ke Southampton), Xherdan Shaqiri, dan Chamberlain terbukti tidak mampu memberikan impak dalam kesebelasan utama.
4. Fabinho tiada dibahagian tengah
Bahagian tengah Liverpool dilihat tidak berdaya untuk mendominasi tanpa adanya Fabinho. Wijnaldum digandingkan bersama Thiago Alcantara dan C. Jones yang jelas menampakkan kelemahan.
5. Kehilangan Commanding Centre Back
Kehilangan Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan tengah merupakan kehilangan besar buat Liverpool pada musim ini.
Jurgen Klopp cuba menutup kelompongan itu dengan meletakkan jeneral Fabinho tetapi itu jelas tidak mencukupi.
Ini dibuktikan melalui perlawanan malam tadi apabila Timo Werner kerap meletakkan Fabinho didalam posisi terperangkap.
6. Pemain-pemain muda yang kurang pengalaman
Akibat kehilangan Virgil Van Dijk dan tiada pemain pertahanan berpengalaman lain untuk mengisi kekosongan itu posisi pertahanan dan tengah telah diisi oleh pemain-pemain muda dari akademi yang kurang pengalaman.
Ini jelas dilihat apabila banyak kesilapan-kesilapan dilakukan oleh pemain-pemain muda ini menyebabkan pemain-pemain berpengalaman sedia ada perlu bekerja lebih keras.
7. Pemain pertahanan yang telah keluar tidak digantikan
Dua orang pemain pertahanan berpengalaman luas iaitu Lovren dan Klavan yang meninggalkan Liverpool diawal musim tidak digantikan dengan pemain yang setaraf ataupun yang lebih baik semasa pintu perpindahan.
Bagaimana dengan pendapat anda? Anda setuju dengan analisis kami? Sila komen dibawah.
No comments:
Post a Comment