EPL Difficulty Table GW17-23 |
Jadual kesukaran ini dihasilkan berdasarkan pengiraan data setiap pasukan pada masim ini iaitu musim 2018-19.
Dibawah adalah hasil pengiraan setelah data pertahanan dan serangan dianalisis. Hasilnya menunjukkan senarai pasukan yang perlu diberi tumpuan untuk minggu perlawanan akan datang.
Best Defensive Potential GW17-23 |
Berpotensi tinggi untuk Cleansheets:- Liverpool
- Manchester City
- Tottenham
- Chelsea
- Newcastle
- West Ham
- Pasukan dengan potensi Cleansheets berdasarkan analisis dan perbandingan data.
- Liverpool menguasai carta untuk peluang tinggi untuk mendapat Cleansheet bagi 6 perlawanan akan datang.
- Manchester City naik di tangga kedua pada analisis kali ini kerana peluang cleansheet yang tinggi dengan jadual perlawanan yang bagus bagi 6 minggu akan datang.
- Tottenham ditempat ketiga dan Chelsea ditempat keempat menunjukan jadual Tottenham adalah lebih baik, jadi perlu buat pilihan samada mengambil Kearan Trippier atau Marcos Alonso.
- Newcastle dan West Ham mempunyai aset pertahanan yang murah yang dilihat mampu memberikan beberapa cleansheet pada 6 minggu akan datang tetapi jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada konsistensi aset mereka.
Pasukan dengan potensi terbaik untuk Jaringan Gol:
Best Attacking Potential GW17-23 |
Berpotensi tinggi untuk jaringan gol:- Manchester City
- Arsenal
- Chelsea
- Liverpool
- West Ham
- Manchester United
- Bournemouth
- Tottenham
- Pasukan-pasukan yang mempunyai peluang besar untuk jaringan gol setelah perbandingan data dan fixtures enam perlawanan akan datang.
- Manchester City ditangga teratas berdasarkan pengiraan data menunjukkan mereka akan terus menjaringkan gol. Tetapi risiko pemain direhatkan yang agak tinggi menyukarkan untuk membuat pilihan. Jadi jika ingin mengambil aset serangan mereka perlulah kita cuba memahami bagaimana Pep Guardiola menyusun pertukaran pemainnya dan melihat banyak ramalan kesebelasan utama "lineup prediction" daripada laman-laman FPL.
- Bermula perlawanan pada hujung minggu ini aset serangan Arsenal seperti Pierre Emeric Aubameyang perlu diberikan tumpuan kerana jadual Arsenal sangat bagus untuk enam perlawanan akan datang.
- Chelsea dan Liverpool ditempat ketiga dan empat, Manchester United pula dikedudukan keenam dimana Manchester United akan berkunjung ke Liverpool pada minggu dan seperti biasa pertembungan seperti ini tidak boleh diletakkan harapan tinggi untuk jaringan besar tetapi aset utama seperti Mohammad Salah, dan Anthony Martial masih boleh diturunkan.
- Aset serangan Chelsea iaitu Eden Hazard berada dalam kedudukan 'gamble' pada pendapat admin kerana masih terdapat persoalan pada konsistensi, kecergasan, dan waktu permainannya. Dan juga dari segi statistiknya pula tidak menunjukkan dia dalam persaingan 10 teratas kerana statistiknya agak rendah pada musim ini. Tetapi jika mencari pemain yang akan memberikan pulangan mata dua angka dari pasukan Chelsea, hanya dialah pemainnya, diharap dia akan memulakan konsistensi pada minggu ini dan akan bermain sepenuh masa.
- Aset murah dari West Ham dan Bournemouth perlu jadi pilihan berdasarkan pengiraan data dan Everton telah terkeluar dari senarai kerana perlawanan yang sukar akan dihadapi mereka. Mungkin inilah masa untuk menukarkan aset serangan Everton kepada pemain-pemain seperti Felipe Anderson, Collum Wilson, dan Ryan Fraser.
Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
|
Medium
|
Hard
|
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.
Lihat Juga:
Kemahiran Pengurusan Bajet Pasukan FPL
Kemahiran Mengesan Bargain Tahap PertamaKemahiran Pengurusan Bajet Pasukan FPL
No comments:
Post a Comment