August 06, 2018

Kemahiran Mengesan Pemain Bargain Tahap 1

Antara kemahiran terpenting bagi seorang pengurus FPL dalam memilih pemain-pemain ialah kemahiran mengesan Pemain Murah Berbaloi dan Pemain Mahal Tidak Berbaloi atau dalam Bahasa English disebut "Bargain and Overprice Player Detector".
Statistik Value(Form) FPL
Statistik Value(Form) FPL


   Pentingnya kemahiran ini kerana ia dapat membantu memilih pemain-pemain yang tepat dan menguntungkan terutama sebelum musim bermula dan diawal musim. Dipertengahan musim kebiasaannya harga pemain seperti ini akan menjadi semakin mahal dan sukar untuk dimiliki. Sebelum itu, kita perlu terlebih dahulu memahami apakah maksud sebenar Bargain. Bargain bukanlah bermaksud pemain paling murah semata-mata.

   Untuk mudah memahami maksud sebenar Bargain Player(Pemain Harga Berbaloi) seseorang pengurus fantasi perlu faham bahawa terdapat dua perkara asas yang mesti digabungkan untuk menjadikan seseorang pemain itu Bargain iaitu Harga(Price) dan Pulangan Mata(Point Return). Dua perkara ini sangat penting dalam mengesan Bargain. Harga(Price) mesti dikaitkan dengan Pulangan Mata(Point Return) pemain tersebut untuk menjadikannya Bargain. Iaitu Pulangan Mata(Point Return) mestilah berbaloi dengan harganya. Itulah maksud sebenar Bargain. Jadi pemain yang murah harganya tetapi pulangan matanya tidak berbaloi, itu bukan pemain Bargain.

Harga(Price)

   Asas pertama pemain Bargain iaitu Harga(Price) ialah harga permulaan bagi setiap pemain. Harga permulaan bagi setiap pemain ditentukan berdasarkan banyak perkara tetapi terdapat tiga perkara besar yang mempengaruhi harga pemain iaitu status kelab, kualiti pemain, dan persembahan(performance) musim lepas.
Kelas Harga Pemain FPL
Kelas Harga Pemain FPL
   Bargain tidak semestinya pemain penyerang, kerana terdapat juga Bargain dari kalangan penjaga gol(GK) dan pertahanan(DF). Kebanyakan Bargain muncul dari pemain berharga 5.5M dan kebawah bagi GK dan DF. 7.9M dan kebawah bagi pemain tengah(MF) dan 8.9M dan kebawah bagi penyerang(ST). Terdapat juga pemain Bargain dari kelas harga mahal(Expensive) tetapi amat jarang dan sukar untuk terjadi. Kita akan lebih memahami mengenai harga pemain Bargain apabila ia dikaitkan dengan penjelasan Pulangan Mata.

Pulangan Mata(Point Return)

   Pulangan Mata ialah mata yang diberikan oleh pemain tersebut, ianya mestilah berbaloi dengan harganya. Jadi bagaimana untuk menilai Pulangan Mata yang diberikan adakah berbaloi atau tidak?

   Kaedah asas untuk menilai Pulangan Mata(Point Return) dalam kaedah FPL ialah setiap pemain mestilah memberi pulangan 1 Mata Bagi Setiap 1 Juta Harganya pada Setiap Perlawanan. Dalam bahasa English kaedah ini disebut 1 Point Per Million Per Game(PPMPG) atau diringkaskan sebagai PPM(Point Per Milion/Mata Bagi Setiap Juta) dan PPG(Point Per Game/Mata Bagi Setiap Perlawanan).

   Untuk lebih mudah memahami, Pulangan Mata ialah sesuatu yang berkait dengan Persembahan(performance) pemain iaitu semakin perform seseorang pemain maka semakin banyak pulangan matanya. Dan untuk menilai persembahannya kaedah 1Point/Milion/Game digunakan sebagai contoh seorang pemain berharga 4M, Pulangan Mata minimum bagi pemain ini pada setiap perlawanan sepatutnya ialah 4 mata. Jadi pemain ini akan jadi Bargain apabila Pulangan Matanya Berbaloi iaitu lebih dari 4 mata pada setiap perlawanan. Contoh lain lagi, seorang pemain berharga 7M, untuk menjadi Bargain pemain ini mestilah memberikan Pulangan Mata sebanyak 7 mata atau lebih daripada itu pada setiap perlawanan.

   Dari sini kita faham pemain yang semakin mahal harganya maka akan semakin sukar untuk menjadi Bargain, kerana untuk menjadikannya Bargain, Pulangan Matanya perlulah sesuai dan berbaloi dengan harganya.

   Seterusnya, apakah kaedah-kaedah untuk mengesan pemain-pemain Bargain? Kaedah mengesan pemain Bargain akan dibahagikan kepada dua situasi. Situasi pertama iaitu apabila musim(Premier League) sudah bermula dan situasi kedua pula ialah ketika  musim belum lagi bermula.

Mengesan Bargain Tahap Pertama
Situasi Musim Sudah Bermula

   Apabila perlawanan-perlawanan bagi Premier League dan FPL sudahpun bermula, kaedah menilai Pulangan Mata(Point Return) bagi mengesan pemain Bargain sedikit mudah kerana data dan statistik pemain telah mula dikemaskini oleh FPL.
Statistik Value(Form) FPL
Statistik Value(Form) FPL
   Jadi statistik pada laman pasukan FPL perlu dilihat. Data yang perlu dilihat ialah Value(Form) atau VF, kerana kita mencari data yang mengaitkan Harga(Price) dan Pulangan Mata(Point Return). Value itulah Harga dan Form disitu ialah Pulangan Mata. Form pada statistik FPL ini dikira berdasarkan purata Pulangan Mata setiap pelawanan(PPG). Jadi Value(Form) ialah Point Per Million Per Game/Pulangan Mata Bagi Setiap Juta Setiap Perlawanan(PPMPG). Ruang VF akan terus menunjukkan adakah Pulangan Mata melebihi 1 mata bagi setiap juta dan setiap perlawanan ataupun tidak.

   Jadi untuk mencari Bargain kita perlu mencari pemain yang menpunyai nilai VF yang tinggi dan pemain itu juga mestilah pemain yang bermain sebagai kesebelasan utama dalam pasukannya.

   Dari artikel ini sepatutnya kita faham dua perkara penting iaitu maksud sebenar Bargain dan bagaimana mengesan Bargain tahap pertama. Dari kaedah ini juga kita faham kenapa ramai yang menggunakan Wildcard(WC) pada Gameweek(GW) Ketiga atau Keempat. Ini adalah antara sebabnya iaitu untuk mengisi pasukan dengan pemain Bargain. Jadi jangan lupa untuk praktikan kaedah ini nanti.

   Setakat ini sahaja untuk artikel kali ini, penerangan mengesan Bargain tahap kedua iaitu kaedah mengesan sebelum musim bermula akan dijelaskan dalam artikel akan datang secara berasingan kerana ia lebih sukar dan berat untuk dipraktikkan.

Jangan lupa ikuti Ball Manager Malaysia di facebook supaya tidak ketinggalan artikel terkini.
Like BMM FB Page www.facebook.com/ballmanagermalaysia

No comments:

Post a Comment