November 22, 2018

EPL Difficulty Table GW13-18

BMM EPL Difficulty Table
Ini adalah jadual kesukaran bagi musim 2018-19 dimana kita akan melakukan penilaian terperinci terhadap jadual perlawanan semua pasukan Premier League bagi musim 2018-19. Artikel ini akan dikemaskini dan diterbitkan setiap 3 Gameweek.



EPL Difficulty Table GW13-18
EPL Difficulty Table GW13-18

   Jadual kesukuran ini dihasilkan berdasarkan pengiraan data setiap pasukan pada masim ini iaitu musim 2018-19.

   Dibawah adalah hasil pengiraan setelah data pertahanan dan serangan dianalisis. Hasilnya menunjukkan senarai pasukan yang perlu diberi tumpuan untuk minggu perlawanan akan datang.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Cleansheets:


Best Defensive Potential GW13-18
Best Defensive Potential GW13-18

Berpotensi tinggi untuk Cleansheets:

  1. Liverpool
  2. Arsenal
  3. Manchester City
  4. Tottenham
  5. Chelsea
  6. Newcastle
  7. West Ham
  • Pasukan dengan potensi Cleansheets berdasarkan analisis dan perbandingan data.
  • Liverpool menguasai carta untuk peluang tinggi untuk mendapat Cleansheet bagi 6 perlawanan akan datang.
  • Arsenal ditempat kedua tetapi perlu berhati-hati untuk mendapatkan aset pertahanannya kerana prospek terbaik untuk mendapatkan aset pertahanan Arsenal hanya bermula pada minggu ke 16.
  • Walaupun Manchester City jatuh di tangga ketiga pada analisis kali ini tetapi peluang cleansheet masih tinggi dengan jadual perlawanan yang bagus bagi 6 minggu akan datang.
  • Tottenham mempunyai perlawanan yang agak sukar bagi 2 perlawanan akan datang dan kesukaran yang bercampur-campur selepas itu, bukan waktunya untuk membeli aset Spurs pada gw ini.
  • Aset Chelsea perlu disimpan jika memiliki kerana selepas gw 13 mereka mempunyai perlawanan yang sangat baik.
  • Newcastle dan West Ham mempunyai aset pertahanan yang murah yang dilihat mampu memberikan beberapa cleansheet pada 6 minggu akan datang.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Jaringan Gol:


Best Attacking Potential GW13-18
Best Attacking Potential GW13-18


Berpotensi tinggi untuk jaringan gol:
  1. Chelsea
  2. Arsenal
  3. Everton
  4. Manchester City
  5. Bournemouth
  6. Liverpool
  7. West Ham
  8. Manchester United
  9. Leicester
  • Pasukan-pasukan yang mempunyai peluang besar untuk jaringan gol setelah perbandingan data dan fixtures enam perlawanan akan datang.
  • Sedikit mengejutkan hasil pengiraan data serangan pada minggu ini apabila Chelsea dan Arsenal berjaya menolak dominasi Manchester City dan Liverpool apabila berada ditangga pertama dan kedua.
  • Chelsea mempunyai fixtures yang seimbang untuk 6 gw akan datang dan berpeluang cerah untuk menjaringkan gol, manakala Arsenal mempunyai fixtures yang lebih menarik bermula gw 16.
  • Everton meletakkan aset serangannya seperti Richarlison mesti dimiliki kerana 3 dari 4 perlawanan akan datang, mereka mempunyai peluang cerah untuk jaringan besar.
  • Aset Manchester City masih perlu dikekalkan kerana walaupun data menunjukkan peluang jaringan mereka berkurang tetapi persembahan pemain mereka masih belum menurun, cuma perlu berhati-hati dengan risiko rotation kerana saya berpendapat rotation akan meningkat bagi minggu akan datang terutama apabila memasuki bulan dua belas.
  • Tottenham tiada dalam senarai menunjukkan inilah waktu terbaik untuk menjual aset mereka dan mendapatkan penyerang pasukan lain yang mempunyai peluang lebih besar untuk jaringan gol.

Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk  Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
Medium
Hard
4. Nombor-nombor di dalam kotak adalah keputusan pengiraan kesukaran, nombor tersebutlah yang menetapkan tahap-tahap kesukaran.
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.

Kemahiran Mengesan Bargain Tahap Pertama

No comments:

Post a Comment