June 20, 2020

Kelab Bolasepak Malaysia pandang rendah FIFA?

Dengan FIFA tidak boleh main-main, ini semua kelab antarabangsa tahu.
FIFA Council

Sebab itu kelab eropah tidak suka main isu dalam bolasepak yang sampai kepada FIFA, terutama bab kebajikan pemain, contract dan rules.

Selagi boleh diselesaikan diluar jawatankuasa FIFA, selagi itu akan cuba diselesaikan.

Tetapi lain pula dengan kelab bolasepak Malaysia, setiap tahun ada isu berkaitan gaji dan contract yang dibawa kepada FIFA.

Seolah-oleh tidak tahu kesan buruk hukuman dari FIFA.

Juventus, AC Milan, Barca, Chelsea pun pernah dikenakan hukuman, rayuan berkaitan isu kritikal tidak dilayan, lagi-lagi kelab kecil seperti kelab bolasepak Malaysia.

Antara sebab utama FIFA Council mempunyai kredibaliti yang dihormati di peringkat antarabangsa ialah kerana barisan Councilnya dibarisi wakil dari banyak negara.

Jadi apabila membuat keputusan, keputusan itu adalah muktamat.

Tidak mudah untuk diubah kerana persidangan semula jawatankuasa disiplin yang diwakili perbagai negara perlu diadakan kembali.

Di Malaysia ada kelab bolasepak telah diberikan sehingga tiga saman, apabila saman telah keluar, bermakna persidangan jawatankuasa FIFA telah tamat dan telah pun mencapai kata putus.

Ini juga bermakna tempoh penyelesaian diluar jawatankuasa telah lama dilepasi.

Bayar saman atau tambah lagi hukuman dengan menunggu hukuman baharu jika tidak membayar saman?

Kredit gambar : Fifa Council

No comments:

Post a Comment