EPL Difficulty Table GW1-6

BMM EPL Difficulty Table
Ini adalah artikel jadual kesukaran pertama bagi musim 2017/18 dimana kita akan melakukan penilaian terperinci terhadap jadual perlawanan semua pasukan Premier League bagi musim 2017/18. Artikel ini akan dikemaskini dan diterbitkan setiap 3 Gameweek.
BMM EPL Difficulty Table GW1-6
EPL Difficulty Table GW1-6
     Seperti kebiasaan, tumpuan penilaian dilakukan bagi setiap 3 Gameweek, tetapi jadual kesukaran yang dihasilkan BMM turut menilai untuk 3 GW berikutnya. Ini adalah untuk membantu perancangan pembelian pemain, mengelakkan terjual pemain yang mempunyai jadual yang bagus, dan bagi mendapatkan gambaran paling jelas untuk keseluruhan 6 Gameweek.

     Jadual diatas adalah 'General Difficulty/Potential' iaitu terhasil daripada 'General Analysis' setelah perbandingan terhadap data yang lebih spesifik. Data yang lebih spesifik ialah data potensi serangan 'Attacking Potential' dan data potensi bertahan 'Defensive Potential' yang terhasil dari kemampuan pasukan menjaringkan goal atau bolos di tempat sendiri dan tempat lawan. Data yang lebih spesifik ini akan ditunjukkan melalui gambar dan penerangan seterusnya didalam artikel ini.

     Untuk perhatian juga bagi pasukan-pasukan baru dari Championship seperti Newcastle, Brighton, dan Huddlesfield. Data mereka adalah data daripada 46 perlawanan di Championship 2016/17 iaitu lebih sebanyak 8 perlawanan berbanding jumlah perlawanan pasukan-pasukan Premier League. Tetapi setelah pengiraan dan analisis dibuat, data mereka didapati tidak memberikan kesan yang besar kepada jadual kesukaran walaupun mereka menghuni tangga pertama hingga lima di Championship. Jadi keputusan untuk mengekalkan data mereka tanpa sebarang perubahan dan 'downgrade' telah dibuat.

Fixtures Terbaik GW1-3
Best Fixtures GW1-3
Best Fixtures GW1-3
Ranking fixtures terbaik berdasarkan Fixtures Points, FP:

  1. Man. Utd ~ -22.5
  2. Spurs ~ -22
  3. Arsenal ~ -20.5
  4. Chelsea ~ -19.5
  5. Liverpool ~ -18
  6. Man. City ~ -15.5

     Diatas ialah 6 pasukan dengan fixtures terbaik berdasarkan analisis dengan didominasi oleh Man. Utd yang mengelakkan semua pertembungan dengan pasukan besar(Arsenal, Man.City, Spurs, Liverpool, dan Chelsea) untuk 6 perlawanan pertama Premier League. Diikuti Spurs yang hanya akan bertembung satu pasukan besar di GW2 iaitu Chelsea.

     Arsenal, Chelsea, dan Liverpool masing-masing akan bertemu dengan 2 pasukan besar sahaja sepanjang 6 gameweek. Man. City mungkin berada dikedudukan lebih baik dalam senarai ini jika mereka mempunyai rekod/data pertahanan yang lebih konsisten.

     Pasukan-pasukan ini patut dijadikan sumber utama untuk pemain premium pasukan fantasi kita kerana fixtures dan analisis telah membuktikan mereka mempunyai fixtures terbaik.

Fixtures Sederhana GW1-3
Decent Fixtures GW1-3
Decent Fixtures GW1-3
Ranking fixtures sederhana berdasarkan Fixtures Points, FP:

  1. Brighton ~ -12.5
  2. Newcastle ~ -8
  3. West Brom ~ -4.5
  4. Southampton ~ 0

     Brighton disokong agak kuat oleh data pertahanan dan persembahan yang agak baik ditempat sendiri menyebabkan Brighton berada ditangga teratas dikalangan pasukan dengan fixtures sederhana. Dibantu pula dengan FP ditempat sendiri hgm iaitu -11 dan FP untuk 6 gameweek -29.5 adalah yang terbaik dikalangan empat pasukan ini. Diikuti Newcastle yang juga mempunyai fixtures yang agak baik kerana hanya menentang satu sahaja pasukan besar dari 6 perlawanan pertama iaitu Spurs.

     West Brom hanya mempunyai fixtures yang bagus untuk 3 GW yang pertama sahaja dan 'rotation' dan perancangan yang sesuai perlu bagi menghadapi fixtures yang sukar dari GW4-6. Southampton juga mempunyai fixtures yang bagus tetapi konsistensi musim lepas telah menjadikan Southampton berada ditangga keempat.

Potensi Serangan Terbaik GW1-3
Best Attacking Potential GW1-3
Best Attacking Potential GW1-3
Ranking potensi serangan terbaik berdasarkan Fixtures Points, FP:

  1. Chelsea ~ -28
  2. Arsenal ~ -25
  3. Spurs ~ -20
  4. Man. City ~ -16
  5. Liverpool ~ -14
  6. Newcastle ~ -12
  7. West Ham ~ -12

     Ini adalah hasil analisis yang lebih terperinci terhadap potensi serangan iaitu berdasarkan keupayaan pasukan untuk menjaringkan goal dan potensi pasukan lawan untuk melepaskan goal berdasarkan persembahan musim lepas. Jadi jika ingin memilih pemain-pemain penyerang, jadual ini patut dijadikan rujukan.

     Lima pasukan besar mendominasi kedudukan 1 hingga 5 berdasarkan analisis fixtures dan keupayaan mereka untuk menjaringkan goal. Diikuti pasukan baru Newcastle dan West Ham ditangga ke 6 dan 7.

Potensi Bertahan Terbaik GW1-3
Best Defensive Potential GW1-3
Best Defensive Potential GW1-3
Ranking potensi bertahan terbaik berdasarkan Fixtures Points, FP:

  1. Man. Utd ~ -44
  2. Spurs ~ -24
  3. Liverpool ~ -22
  4. Brighton ~ -19
  5. Southampton ~ -18
  6. Arsenal ~ -16
  7. Man. City ~ -15
  8. Chelsea ~ -11

     Hasil analisis terperinci terhadap keupayaan pasukan untuk mengelakkan bolos berdasarkan fixtures, Man. Utd dan Spurs telah mendominasi kedudukan 1 dan 2 dengan FP Man. Utd adalah tertinggi iaitu -44 dan Spurs pula -24. Diikuti Liverpool, Brighton, dan Southampton ditempat ketiga hingga lima. Chelsea pula adalah ditempat kelapan berdasarkan fixtures GW1-3 yang dijangka agak sukar untuk mendapat cleansheet ketika bertemu Spurs dan Everton.

     Itu sahaja untuk analisis jadual perlawanan pasukan Premier League kali ini, dan diharap artikel ini dapat membantu rakan-rakan fantasi manager dalam meningkatkan prestasi pasukan.

Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan musim 2016/17, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk  Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
Medium
Hard
4. Nombor-nombor di dalam kotak adalah keputusan pengiraan kesukaran, nombor tersebutlah yang menetapkan tahap-tahap kesukaran.
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.

Lihat Juga:
Analisis Data FPL 2016/17 Part 1 - Goalkeeper
Peralihan Bahasa untuk Laman Ball Manager Malaysia
Searching the best player based on last 6 gameweeks

2 ulasan:

  1. Mula-mula ni memang semangat baca statistik bagai. Maklumla liga belum mula. Ni je dah kali ke 30 aku tukar player. Makin pening baca statistik, apa pun tahniah buat penulis bagi analisis terperinci. Yang penting kena percaya pada instinct sendiri hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Azlan A Raof kerana komen yang bagus, saya pun setuju paling penting instinct. Banyak strategi boleh guna utk bina pasukan fpl yg bagus contohnya Fixtures + Form jadi point utama untuk pilih pemain.

      Artikal ni adalah contoh rujukan untuk Fixtures iaitu pemain dari pasukan dengan jadual perlawanan terbaik menjadi sasaran kita. Boleh dikatakan ia adalah bahagian pertama.

      Bahagiaan kedua ialah Form, apabila kita dah tau pasukan2 dgn fixtures terbaik, jadi pemain paling perform dalam pasukan tersebut perlu kita cari. Bila dah dapat pemain paling perform + fixtures paling bagus, pemain tu akan kita ambil.

      Jadi macam mana pula kalau ramai pemain yg perform? Kene tukar pemain banyak kali? Dari situ kene guna instinct dan pilih pemain yg kita rasa terbaik.

      Jadi saya sangat setuju
      Fixtures + Form + Instinct

      Dan jgn lupa enjoy the game, game belum mula lagi xpa lagi leh transfer bnyak2 :), nanti game dah lock, transfer melebihi free transfer akan ditolak points, jadi nanti kene hati2, kena balik pada Fixtures + Form untuk ubah pasukan.

      Padam

Popular This Week