Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua peminat dan pengurus FPL. Diharap semua baik-baik sahaja, sihat dan ceria selalu.
Pasukan Fantasy Ball Manager Malaysia GW25 |
PENDAHULUAN
Seperti tertera pada tajuk, minggu ini kita akan melakukan Wildcard dan cuba memaksimumkan mata FPL untuk minggu yang berbaki.
Kenapa mesti lakukan Wildcard pada GW 26?
Jawapannya ialah kerana, setiap Cips tidak boleh dilakukan pada GW yang sama ataupun setiap GW hanya satu daripada Cips boleh digunakan.
Jadi bila kita Wildcard pada GW26, ini membolehkan kita merancang Cips lain seperti Triple Captain dan Bench Boost untuk digunakan pada GW 27 ataupun GW 29.
Berikut ringkasan beberapa langkah yang akan dilakukan untuk Wildcard pada kali ini:
MENILAI KEADAAN PASUKAN
- Kekalkan pemain utama(premium) yang berprestasi baik sedia ada.
- Kekalkan pemain murah(enabler) yang berprestasi baik.
- Pemain yang mempunyai mata prestasi 0-2 perlu dilepaskan.
- Pemain utama yang berprestasi paling kurang cemerlang perlu diberi keutamaan untuk dipindah keluar diikuti pemain simpanan. "Tips-Ini bagi mengelakkan kehilangan nilai pasukan secara mendadak"
Pemain FPL yang tidak berprestasi baik |
MENILAI JADUAL KESUKARAN
- Melihat perlawan yang berpotensi iaitu lawan yang mudah ataupun peluang menang tinggi.
- Sasarkan pemain double gameweek yang berprestasi tinggi.
- Dibawah disenaraikan pemain utama setiap pasukan.
Fixtures Difficulty and Key Players |
MELAKUKAN PEMINDAHAN PEMAIN DAN AKTIFKAN WILDCARD
- Rakan-rakan boleh rujuk jadual diatas untuk menyasarkan pemain-pemain yang berpotensi tinggi.
- Pastikan pemain utama(premium) yang berprestasi buruk diganti dengan pemain utama yang berprestasi baik.
- Pemain murah perlu diganti dengan pemain murah juga kerana harga mereka yang murah adalah kunci untuk mendapatkan pemain utama yang baru.
- Berikut adalah pasukan Wildcard BMM.
Final Wildcard Team 2023 |
KESIMPULAN
Admin berkemungkinan besar akan menggunakan Triple Captain pada GW 26 dan Bench Boost pada Double GW terbesar iaitu GW 29. Bergantung kepada keadaan pasukan apabila masanya tiba nanti.\
Semoga panduan ini memudahkan rakan-rakan Fantasi Premier League dalam melakukan Wildcard masing-masing dan selamat berjaya kepada semua.
Terima kasih kerana melawat blog ini dan membaca post yang disediakan.
Pelawat-pelawat juga membaca:
No comments:
Post a Comment