June 30, 2022

15 Kerjaya Berpendapatan Tinggi Dalam Industri Bola Sepak


  Dalam industri bola sepak yang mencecah keuntungan berbillion dolar setahun. Adakah ada kerjaya lain selain dari menjadi pemain bola sepak?

  Apabila sudah tidak boleh bermain bola sepak kerana bersara atau terpaksa berhenti kerana kecederaan. Apakah pekerjaan yang boleh dilakukan?

PENDAHULUAN

  Ramai pemain bola sepak, peminat bola sepak dan juga ibubapa risau memikirkan perkara ini. Bagaimana dengan masa depan mereka yang mempunyai minat mendalam dalam bola sepak ini?

  Berikut Ball Manager Malaysia senaraikan 15 pekerjaan yang berpendapatan tinggi selain dari menjadi pemain bola sepak.


ANALISIS DAN KAJIAN

15. Penulis Sukan

Penulis Sukan

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM136,090

  Penulis sukan ialah wartawan yang membuat laporan berkaitan pertandingan bola sepak. Mampu membuat liputan, kajian, dan menulis artikel berkaitan pemain-pemain dan pasukan bola sepak.

  Biasanya penulis akan bekerja dalam bidang penyiaran samada media cetak ataupun media digital. Mereka juga menghadiri kejohanan penting bola sepak dengan kebenaran masuk khas untuk menemui pemain-pemain.


14. Jurulatih

Jurulatih
Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM144,870

  Seorang jurulatih bertanggungjawab melatih pemain dan mencungkil bakat sebenar pemain. Jurulatih juga merancang latihan untuk membangunkan kemahiran pemain, menyusun strategi semasa permainan, dan memberi arahan permainan bagi mengubah corak permainan samada menyerang atau bertahan.

  Jurulatih boleh mengambil lisen profesional untuk bekerja di kelab-kelab atau boleh juga membuka kelas latihan dan akademi sendiri.


13. Pengurus Peribadi

Pengurus peribadi

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM148,821

  Pengurus peribadi ialah seorang profesional yang pakar menguruskan khidmat keperluan pemain seperti makanan, peralatan, pengangkutan, penginapan dan pengoperasian. Pengurus konsesi bertanggungjawap menyediakan khidmat bimbingan kepada pemain bagi membantu pemain menjalankan tugas dengan sempurna.

  Pengurus biasanya dilihat akan lebih sibuk menjelang sebarang pertandingan bagi menyediakan keperluan pemain. Segala aktiviti dan jadual kerja pemain diatur oleh pengurus peribadi supaya pemain dapat memberikan tumpuan penuh kepada meningkatkan prestasi untuk perlawanan. 

  Urusan yang sibuk seperti administrasi, menjawap panggilan dan hubungan luar pemain diatur dan diuruskan oleh pengurus peribadi.


12. Pengurus Pusat Sukan

Pengurus pusat sukan

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM149,260

  Pengurus Pusat Sukan menjaga fasiliti sukan dan operasinya. Beliaulah yang akan menguruskan arena sukan, stadium-stadium, papan pengiklanan, gims, dan padang dimana kejohanan atau latihan berlangsung.

  Pengurus Pusat Sukan mengurus kakitangan yang berkaitan dengan pusat latihan, pelatih, pekerja, dan juga pelawat. Beliau juga menguruskan kontrak-kontrak berkaitan fasiliti dan merancang pembangunan kemudahan sukan.


11. Pengulas Sukan

Pengulas Sukan

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM158,040

  Pengulas sukan ialah wartawan yang muncul di siaran langsung semasa kejohanan. Biasanya bekerja untuk radio television, pusat berita dan siaran langsung atas talian.

  Seorang pengulas sukan mahir menyampaikan berita, perkembangan pemain, pasukan, dan pertandingan secara langsung. Beliau akan menemubual pemain-pemain, jurulatih, dan penyokong untuk melahirkan lebih banyak interaksi untuk tatapan penonton.

  Adalah sangat penting untuk seorang pengulas sukan mengetahui perkembangan terkini pemain dan pasukan.


10. Pengadil

Pengadil


Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM166,820

  Seorang pengadil ialah pegawai pertandingan yang melaksana peraturan-peraturan permainan. Pengadil memerhatikan permainan dan membuat keputusan jika tindakan pemain melanggar peraturan-peraturan.

  Mereka membuat keputusan akhir berkaitan jaringan, penalti, sepakan percuma dan lain-lain lagi. Pengadil juga memeriksa peralatan berkaitan pertandingan untuk memastikan keselamatan dan pematuhan kepada undang-undang.

  Untuk menjadi pengadil yang baik, adalah penting untuk mengkaji berkaitan peraturan dan undang-undang pertandingan terkini.


9. Jurulatih Kecergasan

Jurulatih Kecergasan


Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM184,380

  Jurulatih kecergasan ialah seorang profesional yang membantu pemain bersedia untuk pertandingan. Mereka mungkin bekerja untuk rehabilisasi pemain yang baru pulih dari kecederaan, melatih regangan dan memanaskan badan bagi memastikan fizikal pemain berada pada tahap terbaik.

  Dengan mengajar kaedah pencegahan yang betul, mereka membantu pemain berlatih dan bermain dengan selamat. Seorang jurulatih kecergasan juga boleh menjadi jurulatih peribadi pemain dan berkhidmat kepada pemain itu sepanjang perkhidmatan.


8. Pencari Bakat

Pencari Bakat


Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM193,160

  Seorang pencari bakat akan melakukan carian pemain paling berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan. Pencari bakat berkemungkinan bekerja di kolej, universiti, pasukan bola sepak, dan pasukan khas carian bakat bagi mengesan pemain berbakat besar di kawasan tertentu.

  Mereka kerap menilai statistik pemain, melihat perlawanan, dan mempunyai perhubungan baik dengan jurulatih untuk membuat penilaian langsung.


7. Pengurus Pasukan

Pengurus Bola Sepak

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM210,720

  Seorang pengurus pasukan bertanggungjawab memantau keadaan keseluruhan program pasukan iaitu program kecergasan, latihan, kejurulatihan, dan pemain-pemain supaya berada ditahap terbaik. Pengurus juga membuat keputusan pemilihan rekabentuk pakaian seragam kakitangan, melantik kakitangan-kakitangan seperti para jurulatih.

  Pengurus pasukan memastikan pemain dan jurulatih mematuhi undang-undang. Beliau juga menyediakan sumber untuk pendidikan pemain dan membangunkan inisiatif bagi memperkaya program untuk para pemain.

  Pengurus pasukan juga membantu membina komuniti dan sokongan komuniti tempatan melalui perancangan acara.


6. Pakar Sumber Manusia

Pakar Sumber Manusia

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM215,600

  Seorang pakar sumber manusia(Human Resource - HR) membantu merekrut, melantik dan melatih para kakitangan di dalam organisasi. Di dalam bola sepak, seorang pakar HR melantik kakitangan sokongan pemain dan menyediakan sumber latihan untuk polisi-polisi organisasi.

  Mereka menguruskan kontrak para jurulatih dan pemain dan membantu dalam urusan administrasi seperti pembayaran gaji. HR juga membangunkan polisi untuk kebajikan pemain dan membantu melaksana polisi baru.


5. Pakar Nutrisi dan Pemakanan

Pakar nutrisi dan pemakanan

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM220,000

  Pakar nutrisi ialah seorang profesional dalam kesihatan menyediakan bahan pendidikan mengenai nutrisi dan amalan pemakanan sihat. Pakar nutrisi berkerja bersama pasukan kecergasan untuk membangunkan perancangan pemakanan untuk para pemain bagi mengekalkan kesihatan.

  Mereka membantu menyediakan pelan pemakanan seimbang dan mengajar para pemain mengenai apa perlu dimakan untuk manfaat tertentu sebagai contoh bagaimana untuk mendapatkan lebih tenaga. Pakar nutrisi juga boleh bekerja dalam perkhidmatan makanan untuk merancang menu pemakanan.


4. Juruhebah Siaran


Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM246,400

  Juruhebah ialah seorang pakar yang lebih hebat dari seorang pengulas sukan biasa. Mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam mengenai taktikal dan bola sepak menyebabkan beliau kerap dipanggil untuk memberikan ulasan dan pendapat.

  Seorang personaliti untuk siaran radio dan television, mengkaji, menulis dan menyampaikan cerita dan berita. Juruhebah juga melaporkan dan menerangkan pergerakan pemain, statistik, dan melakukan ulasan pergerakan permainan selepas perlawanan.


3. Jurutera Siaran

Jurutera Siaran

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM325,600

  Jurutera siaran ialah seorang pakar teknologi yang menyelenggara peralatan siaran dan penggunakan papan kawalan ataupun komputer untuk menghantar siaran langsung perlawanan. Mereka mengemaskini, mengendali, dan menyelesai semua masalah berkaitan siaran semasa siaran langsung berjalan.

  Jurutera juga bertugas memastikan semua peralatan seperti pembesar suara, sound effect, visual effect berfungsi dengan baik dan membantu individu-indivudu lain yang bersiaran menggunakannya.


2. Pakar Terapi Fizikal

Pakar Terapi Fizikal

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM360,800

  Seorang pakar terapi fizikal ialah seorang profesional kesihatan yang membantu rehabilisasi pemain selepas mengalami kecederaan. Mereka menganalisis dan mengkaji para pemain yang cedera dan membangun perancangan rawatan untuk membantu pemain mendapatkan semula kelincahan dan kekuatan.

  Pakar terapi fizikal mengajar kepada pemain yang cedera kaedah-kaedah pemulihan dan juga keadah-kaedah pencegahan.


1. Pakar Statistik

Pakar Statistik

Gaji Purata Tahunan Antarabangsa : RM426,800

  Seorang pakar statistik ialah seorang pakar dalam matematik yang menganalisis data. Mereka menentukan kumpulan data apa yang diperlukan untuk menjawap soalan-soalan terperinci dan memperjelaskan data-data tersebut.

  Mereka melakukan kaji selidik dan kajian pendapat untuk mengumpulkan data. Di dalam bola sepak, seorang pakar statistik mengkaji prestasi pemain-pemain dan membantu mengumpul statistik individu, seperti jarak larian dalam satu perlawanan atau purata hantaran tepat.

  Mereka boleh menggunakan statistik untuk melakukan jangkaan mengenai pertandingan dan mencipta bentuk model untuk meramal kemenangan dan kejayaan kerjaya seseorang pemain.


FAKTA

  Nilai berdasarkan pertukaran matawang semasa 1$ =RM4.40 pada 30 Jun 2022.


KESIMPULAN

  Industri bola sepak ialah sebuah industri yang sangat besar dengan peluang pekerjaan yang luas dan pelbagai. Hasil kajian diatas membuktikan terdapat 15 pekerjaan lain dengan pendapatan RM10,000 keatas sebulan.

  Ini juga sekaligus menolak pendapat bahawa minat dan terlibat dalam industri bola sepak tiada masa depan. Apa yang penting bagi setiap pemain bola sepak ialah untuk merancang dan mengatur kerjaya mereka dengan betul.

  Anda minat dalam salah satu kerjaya ini? simpan artikel ini untuk rujukan dan mulakan perancangan anda sekarang.

  Jika anda mengenali sesiapa yang minat bola sepak, kongsikan kepada mereka, mungkin maklumat ini bakal mengubah masa depan mereka.

  Sila tinggalkan komen jika anda memiliki pendapat sendiri atau ada lagi pekerjaan yang tidak dimasukkan disini.


No comments:

Post a Comment