March 08, 2019

EPL Difficulty Table GW30-35

BMM EPL Difficulty Table
Ini adalah jadual kesukaran bagi musim 2018-19 dimana kita akan melakukan penilaian terperinci terhadap jadual perlawanan semua pasukan Premier League bagi musim 2018-19. Artikel ini akan dikemaskini dan diterbitkan setiap 3 Gameweek.

EPL Difficulty Table GW30-35
EPL Difficulty Table GW30-35

   Jadual kesukaran ini dihasilkan berdasarkan pengiraan data setiap pasukan pada masim ini iaitu musim 2018-19.

   Analisis hanya untuk pasukan dengan "Double" dan "Blank Game week"(B & DGW) yang telah disahkan sahaja. Jika ada pengesahan DGW terkini selepas ini, kemaskini akan dilakukan dalam analisis jadual kesukaran akan datang.

   Dibawah adalah hasil pengiraan setelah data pertahanan dan serangan dianalisis. Hasilnya menunjukkan senarai pasukan yang perlu diberi tumpuan untuk minggu perlawanan akan datang.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Cleansheets:

Berpotensi tinggi untuk Cleansheets
Berpotensi tinggi untuk Cleansheets

Berpotensi tinggi untuk Cleansheets:

  1. Liverpool
  2. Manchester City -BGW31
  3. Leicester
  4. Chelsea
  5. Tottenham -BGW31
  6. Wolves -BGW31+DGW32
  • Pasukan dengan potensi Cleansheets berdasarkan analisis dan perbandingan data.
  • Liverpool menguasai carta untuk peluang tinggi untuk mendapat Cleansheet bagi 6 perlawanan akan datang.
  • Manchester City naik di tangga kedua pada analisis kali ini kerana peluang cleansheet yang tinggi dengan jadual perlawanan yang bagus bagi 6 minggu akan datang.
  • Leicester mendahului Chelsea dan Spurs berdasarkan analisis kali ini, memiliki aset pertahanan bersifat menyerang mereka mungkin sedikit gamble kerana belum mereka belum menunjukkan pulangan mata yang berbaloi setakat ini.

Blank & Double GW tips:
  • Berikutan BGW31 adalah paling hampir, dan DGW hanya disahkan 1 perlawanan buat masa ini, jadi perancangan terbaik ialah memfokuskan GW30 hingga 32 terlebih dahulu.
  • Rancang untuk penggunaan Wildcard(WC) pada GW32 atau selepas itu bagi mendapat lebih kelebihan pada DGW.
  • Pemain pertahanan pasukan yang tiada BGW yang mempunyai jadual yang bagus untuk 3 minggu akan datang seperti Liverpool, Leicester, dan Chelsea perlu jadi keutamaan.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Jaringan Gol:

 Berpotensi tinggi untuk jaringan gol
Berpotensi tinggi untuk jaringan gol

Berpotensi tinggi untuk jaringan gol:
  1. Manchester City -BGW31
  2. Liverpool
  3. Bournemouth
  4. Tottenham -BGW31
  5. Arsenal - BGW31
  6. Chelsea
  7. Manchester United - BGW31+DGW32
  8. Leicester
  • Pasukan-pasukan yang mempunyai peluang besar untuk jaringan gol setelah perbandingan data dan fixtures enam perlawanan akan datang.
  • Manchester City ditangga teratas berdasarkan pengiraan data menunjukkan mereka akan terus menjaringkan gol.
  • Aset murah dari Bournemouth dan Leicester boleh dijadikan sandaran berdasarkan pengiraan data bagi memberikan kelebihan pada bajet untuk mendapatkan pemain utama pasukan lain.

Blank & Double GW tips:
  • Berikutan BGW31 adalah paling hampir, dan DGW hanya disahkan 1 perlawanan buat masa ini, jadi perancangan terbaik ialah memfokuskan GW30 hingga 32 terlebih dahulu.
  • Rancang untuk penggunaan Wildcard(WC) pada GW32 atau selepas itu bagi mendapat lebih kelebihan pada DGW.
  • Aset serangan Liverpool dan Bournemouth layak dipertaruhkan untuk 3 GW akan datang kerana jadual perlawanan mereka yang bagus dan juga tiada Blank pada GW31.

Like page BMM dan berhubung dengan BMM di Facebook!
Like BMM on FB
Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk  Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
Medium
Hard
4. Nombor-nombor di dalam kotak adalah keputusan pengiraan kesukaran, nombor tersebutlah yang menetapkan tahap-tahap kesukaran.
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.

Kemahiran Mengesan Bargain Tahap Pertama

No comments:

Post a Comment