August 03, 2022

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun

   Terlebih dahulu, penulis ingin menjelaskan bahawa artikel ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya kegiatan scammer dalam industri Fantasy Football terutamanya Fantasy Premier League dan penulisan ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan atau bukti untuk sebarang dakwaan dan tuntutan dimahkamah ataupun sebarang urusan tuntutan rasmi.

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun


PENDAHULUAN

   Seperti semua sedia maklum, setiap tahun pasti ada kejadian penipuan dan scam yang terjadi dikalangan komuniti FPL Malaysia. Dianggarkan minimum RM5000 ringgit berjaya dilesapkan jika satu pertandingan scam berjaya dilaksanakan. Itu jika satu pertandingan, bayangkan jika 10 atau 20 pertandingan.

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun
Peluang Untung Besar

   Berikut penulis senaraikan beberapa ciri-ciri kejadian scammer yang pernah berlaku, dan apakah modus operandinya.


FPL JADI SASARAN

Kenapa kejadian scam di dalam FPL terus menjadi-jadi setiap tahun walaupun sudah pelbagai cara dilakukan komuniti melalui persatuan dan individu persendirian yang turut giat memberikan kesedaran?

1. Sasaran Yang Besar

Kerana kebanyakan pemain FPL adalah terdiri daripada peminat tegar Premier League dan jumlahnya kian bertambah setiap tahun. Ini sekaligus bermakna kolam yang sangat besar untuk mereka merancang tindakan.

2. Kurang Kesedaran

Juga disebabkan kesedaran yang masih rendah dikalangan pemain FPL yang baru terutama yang mempunyai minat tinggi sehingga terlupa untuk berhati-hati.

3. Pertandingan Yang Lama

Tempoh masa setahun bagi sesuatu pertandingan FPL memberikan mereka masa yang cukup untuk merancang tindakan dan juga mencari jalan keluar "escape route" sekaligus mencuci tangan.

4. Kemudahan Teknologi

Kemudahan teknologi seperti media sosial memudahkan urusan mereka menghasilkan sekumpulan akaun palsu untuk melakukan aktiviti. Juga memalsukan penubuhan syarikat dan penganjur. Ini menyukarkan pengumpulan bahan bukti dan penjejakan.

5. Peluang Marketing

Peluang pemasaran yang besar dan murah juga menjadikan FPL adalah tarikan untuk syarikat dan organisasi melakukan tajaan. Jadi ianya adalah peluang besar untuk menarik duit masuk dan memangsa penaja-penaja berkenaan.

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun
Akaun Palsu


MODUS OPERANDI

Bagaimana mereka bergerak dan merancang?

1. Scammer Berpengalaman

Mengikut kejadian yang pernah berlaku, kebanyakan yang melakukan kegiatan scam dalam FPL adalah mereka yang berpengalaman. Kerana pergerakan mereka sangat teratur dan terancang yang bergerak secara individu atau berkumpulan. Mereka tahu bila masa untuk cuci tangan dan melaksana jalan keluar dan bila untuk melaksanakan langkah baru.

2. Menyamar

Mereka mempunyai beberapa akaun, menyamar dengan sangat baik samada sebagai pemain FPL, berlagak seperti penganjur berpengalaman, atau berlakon sebagai penaja hadiah. Biasanya anda tidak akan dapat untuk berjumpa dengan mereka jika diajak berjumpa bersua muka.

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun
Menyamar

3. Hadiah dan Tajaan Lumayan

Hadiah dan nilai tajaan lumayan biasanya dibuat dengan sengaja untuk menarik seramai mungkin peserta. Biasanya hadiah itu disediakan untuk tahun pertama sahaja bergantung perancangan mereka bila escape route akan dilaksana. Biasanya jika mereka bertindak sebagai penaja, nilai tajaan tidak diberikan kepada penganjur-penganjur di awal permulaan penganjuran.

4. Sasaran Yuran Penyertaan, Tajaan, dan Follower

Mereka menyasarkan duit-duit yuran pendaftaran pertandingan, duit tajaan korporat dan juga jumlah like pada page(page boleh direname dikemudian hari dan dijual).

5. Terdapat Akaun Hantu

Terdapat beberapa akaun hantu yang di buat dengan sengaja untuk menjadi pemula untuk menarik minat peserta sebenar, ataupun bertujuan memalsukan penyertaan dan kemenangan. Mendaftar dengan penyertaan dan bayaran yang banyak tetapi hakikatnya tiada bayaran dibuat.

6. Menggunakan Pertubuhan Awam

Pernah juga berlaku beberapa Pertubahan ataupun Komuniti Masyarakat digunakan untuk mereka menganjurkan kejohanan scam mereka. Ini juga peluang mereka untuk menarik ahli pertubuhan dan sudah sedia ada ramai.

7. Hilang di Pertengahan Musim

Bisanya akan merancang escape route di pertengahan musim, nombor telefon, facebook, whatapp tidak dapat dihubungi lagi.

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun
Hilang Tanpa Jejak


PENCEGAHAN

Jadi apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?

1. Berhubung Dengan Persatuan

Berhubung dengan persatuan PPFBM dan bertanya kesahihan pertandingan dan penganjuran sebelum menyertai kerana di PPFBM terdapat ramai pemain FPL berpengalaman dan mereka boleh memberikan cadangan pertandingan yang dipercayai, berdaftar dan mempunyai rekod baik dalam ketelusan.

2. Sertai Pertandingan Popular

Sertai pertandingan-pertandingan popular dan telah lama bertapak, boleh dirujuk disini ataupun menyertai komuniti FPL yang sah untuk bertanya.

3. Siasat Sebelum Sertai

Lakukan sedikit siasatan dan penilaian berdasarkan ciri-ciri dinyatakan diatas untuk memastikan pertandingan tiada unsur penipuan sebelum menyertai.

4. Berkawan Dengan Otai

Berkawan dengan Otai-otai FPL iaitu orang-orang lama yang telibat lama dengan FPL. Kerana mereka ini mempunyai mengalaman dan mampu membimbing dan menunjukkan ciri-ciri pertandingan scam dengan jelas.

5. Berjumpa Dengan Penganjur

Berjumpa dengan penganjur, kebiasaanya penganjur yang sah tiada masalah untuk berjumpa bersua muka.


KESIMPULAN

Scammer Perosak Reputasi, Komuniti FPL Rugi Ribuan Ringgit Setiap Tahun
Hentikan penipuan

   Kesimpulan yang kita boleh dapat dari artikel ini ialah kita perlu menerima hakikat bahawa ancaman scam yang memburukkan reputasi FPL Malaysia adalah benar dan serius.

   Sehingga sekarang penganjuran FPL yang telus juga turut terjejas akibat aktiviti scam yang semakin meningkat. Ianya mesti dibendung dan dibenteras dengan kesungguhan semua pihak sebelum ia bertambah parah.

   Yang pasti segalanya mestilah bermula dari diri kita sendiri sebagai individu untuk lebih berhati-hati dan peka sebelum menyertai "Pertandingan Berbayar Tiada Hadiah Ini".

   Mengingatkan kawan-kawan sehingga kewaspadaan ini menjadi budaya dalam komuniti. Bersama-sama kita menjaga komuniti supaya reputasi dapat dinaikkan dan dijaga untuk kemajuan bersama.

Jika anda ada pengalaman atau apa-apa cadangan, sila tinggalkan komen diruang komen dibawah.

No comments:

Post a Comment