October 09, 2019

Persaudaraan Kerana Minat Bolasepak Fantasi

Apabila disebut bolasepak fantasi, bermacam-macam tanggapan dikeluarkan masyarakat.
Pengurus Bolasepak Fantasi
Pengurus Bolasepak Fantasi

Ada yang menganggap ianya suatu permainan yang sama seperti "Candy Crush".


Tidak perlu fikirkan strategi, tidak mencabar dan mudah untuk menang.

Ada pula yang beranggapan ianya permainan budak-budak yang tiada prestij.

Lebih buruk lagi sehingga ada yang menganggap ianya permainan yang merugikan masa dan tidak menguntungkan.

Adakah benar semua tanggapan masyarakat ini?

Dari segi permainan, permainan bolasepak fantasi hakikatnya bukanlah sekadar permainan atas talian semata-mata.

Untuk bermain bolasepak fantasi dengan berjaya, seseorang pengurus perlu banyak membaca, membuat analisis, menguruskan bajet, bijak menyusun jual beli pemain, dan tepat dalam membuat keputusan.

Jadi tanggapan masyarakat bahawa bolasepak fantasi adalah permainan yang biasa hanyalah persepsi.

Komuniti Bolasepak Fantasi di Malaysia adalah antara yang terbesar di dunia.

Mereka terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat yang memegang pelbagai portfolio penting dalam masyarakat.

Jumlahnya mencecah ratusan ribu pengurus yang menguruskan akaun masing-masing.

Ada yang menjadikannya sebagai hobi malahan ada yang menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai pertandingan yang dianjurkan dengan pelbagai bentuk hadiah mingguan, bulanan dan bermusim disediakan.

Berikutan jumlah pertandingan yang terlampau banyak sehinggakan penulis sendiri pun tidak tahu jumlah kesuluruhan pertandingan yang ada.

Banyak perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat korporat turut terlibat dalam penganjuran-penganjuran berikutan peluang yang luas untuk mendekati golongan belia dan remaja.

Ini sekaligus telah menjadikan permainan bolasepak fantasi sebagai salah satu permainan atas talian yang berprestij dan turut menyediakan peluang pendapatan mencecah ribuan ringgit.

Dari segi komuniti, penulis merasakan ianya sedang berkembang pesat.

Terdapat perbagai Blog, Page, dan Group di laman social yang bukan sahaja menganjurkan pertandingan tetapi turut mewujudkan pelbagai peluang persaudaraan.

Komuniti-komuniti ini juga aktif dalam menjaga kebajikan pengurus-pengurus yang dianggap sebagai saudara se-fantasi.

Persatuan Pengurus Fantasi Bolasepak Malaysia - PPFBM
Persatuan Pengurus Fantasi Bolasepak Malaysia - PPFBM

Kejayaan Persatuan Pengurus Fantasi Bolasepak Malaysia (PPFBM) didaftarkan dibawah ROS dan kejayaan mengadakan Annual General Meeting (AGM) pertamanya di Putrajaya baru-baru ini juga telah mencatatkan sejarah baru dalam dunia bolasepak fantasi di Malqaysia.

Ini sudah pasti meningkatkan kebajikan pengurus-pengurus bolasepak fantasi.

Blog Ball Manager Malaysia (BMM) juga tidak ketinggalan telah mewujudkan satu Group bagi menjaga kebajikan pengurus-pengurus FPL iaitu FPL Assistant Manager yang turut menyediakan pertandingan dan hadiah-hadiah.

Bersaudara kerana minat kami sama

No comments:

Post a Comment