August 29, 2018

EPL Difficulty Table GW4-9

BMM EPL Difficulty Table
Ini adalah jadual kesukaran bagi musim 2018-19 dimana kita akan melakukan penilaian terperinci terhadap jadual perlawanan semua pasukan Premier League bagi musim 2018-19. Artikel ini akan dikemaskini dan diterbitkan setiap 3 Gameweek.

EPL Difficulty Table GW4-9
EPL Difficulty Table GW4-9
   Jadual kesukuran ini dihasilkan berdasarkan pengiraan data setiap pasukan pada masim ini iaitu musim 2018-19.

   Dibawah adalah hasil pengiraan setelah data pertahanan dan serangan dianalisis. Hasilnya menunjukkan senarai pasukan yang perlu diberi tumpuan untuk minggu perlawanan akan datang.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Cleansheets:

Best Defending Fixtures GW4-9
Best Defending Fixtures GW4-9

Berpotensi tinggi untuk Cleansheets:

  1. Leicester
  2. Liverpool
  3. Tottenham
  4. Cardiff
  5. Watford
  6. Man. City
  7. Everton
  8. Southampton
  • Pasukan dengan potensi Cleansheets berdasarkan analisis dan perbandingan data.
  • Dalam artikel sebelum ini data menunjukkan Cardiff City akan beraksi cemerlang dari segi pertahanan dan ianya terbukti dengan hanya 2 gol bolos setakat ini.
  • Pada analisis kali ini Cardiff masih mengekalkan tempat di tempat keempat dan agak mengejutkan apabila Leicester berada di tempat pertama, sama-sama kita saksikan adakah data dapat membuktikan persembahan sebenar.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Jaringan Gol:

Best Attacking Fixtures GW4-9
Best Attacking Fixtures GW4-9

Berpotensi tinggi untuk jaringan gol:

  1. Man. City
  2. Tottenham
  3. Chelsea
  4. Man. Utd
  5. Liverpool
  6. Everton
  7. Crystal Palace
  • Pasukan-pasukan yang mempunyai peluang besar untuk jaringan gol setelah perbandingan data dan fixtures enam perlawanan akan datang.
  • Liverpool pada artikel lepas berada ditangga teratas dijangka akan mengalami penurunan potensi jaringan gol berdasarkan analisis minggu ini.
  • Tottenham akan meneruskan rentak jaringan gol berdasarkan analisis apabila berada dikedudukan kedua bagi enam perlawanan akan datang.

Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk  Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
Medium
Hard
4. Nombor-nombor di dalam kotak adalah keputusan pengiraan kesukaran, nombor tersebutlah yang menetapkan tahap-tahap kesukaran.
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.

Kemahiran Mengesan Bargain Tahap Pertama

No comments:

Post a Comment