July 31, 2017

Analisis Data FPL 2016/17 Part 3 - New Defender

     Di dalam analisis bahagian ketiga ini kita akan melihat pemain-pemain bertahanan baru yang belum pernah bermain sepenuh musim di Premier League dan pemain-pemain pertahanan berharga murah iaitu berharga £4.5 dan kebawah.

     Analisis Data FPL 2016/17 Part 2 - Defender kita sudah melihat pemain-pemain pertahanan yang telah terbukti dengan persembahan mereka kerana mereka berada di tangga ke 30 keatas musim lepas dalam points fantasi. Tapi kali ini kita akan melihat pemain-pemain yang berharga murah diluar 30 teratas dalam points fantasi dan juga pemain-pemain yang belum pernah bermain sepenuh musim di Premier League.

     Data-data mereka dari pasukan lama akan kita bandingkan untuk melihat jika ada yang berpotensi. Tetapi perlu diingat senarai ini adalah senarai 'Unproven Defender' dimana mengambil mereka adalah lebih berisiko. Admin telah membahagikan mereka kepada 3 kumpulan senarai iaitu:
  1. Pertahanan Baru berharga £5.0 Keatas
  2. Pertahanan berharga £4.5 Kebawah
  3. Pertahanan Baru berharga £4.5 Kebawah
Jadi mari kita lihat data mereka, seperti artikel bahagian dua kita akan menggunakan stats yang sama kecuali data CS dan BNS yang sukar diperoleh telah digantikan dengan YC: Yellow Card dan RC: Red Card.

     Bagi memudahkan perbandingan data dan statistik yang pelbagai ini data pemain telah hijaukan untuk yang berada ditangga teratas bagi statistik Attacking Threat/Ancaman Serangan(GS, AS, SHT, PAS, COR) dan dibirukan untuk yang berada ditangga teratas bagi statistik Appearances dan Defensive(APP, TA, CLR). Jadi bagi mengetahui pemain pertahanan yang paling mendominasi dalam semua statistik, jumlah statistik yang didominasi telah dikira dan dinyatakan dalam kolum Stats Domination/Penguasaan Statistik STS.

Legend :
App: Appearances/Penampilan , GS: Goal Scored/Jaringan Goal , AS: Assist/Membantu , CS: Cleansheets/Tanpa Bolos , BNS: Bonus Point/Point Percuma , Pts.: Total Fantasi Points/Jumlah Point Fantasi , SHT: Shots/Rembatan , PAS: Passing/Hantaran , TA: Tackle Attempt/Bentesan Dilakukan , CLR: Clearances/Pelepasan , COR: Corner Kick/Sepakan Sudut , STS: Stats Domination/Penguasaan Statistik , YC: Yellow Card dan RC: Red Card .

1. Pertahanan Baru berharga £5.0 Keatas
BMM New Defender PL 2017-18
New Defender PL 2017-18
     Ini adalah beberapa pemain pertahanan yang baru dibeli beberapa kelab Premier League setakat ini dan pemain yang belum pernah bermain sepenuh musim di Premier League. Data mereka adalah data dari kelab lama mereka samada dari Premier League ataupun dari liga lain.

     Harga pemain-pemain ini adalah harga bagi pemain pertahanan 'premium' tetapi adakah berbaloi untuk meletakkan mereka sebagai pertahanan 'premium'? Jadi statistik-statistik mereka telah dibandingkan bagi memilih yang terbaik diantara mereka.

     Pemain yang mendominasi stats iaitu Kolasinac, Christensen, Trippier, Ake, T. Smith, dan Maguire telah diwarnakan kuning dan perlu diberikan perhatian kerana mereka menguasai minimum 4 statistik. Perlu berhati-hati supaya mengambil pemain yang sah akan bermain sepenuh masa sahaja kerana terdapat beberapa pemain yang belum tentu akan bermain sepenuh masa.

2. Pertahanan berharga £4.5 Kebawah
BMM 4.5M Defender PL 2017-18
4.5M Defender PL 2017-18
     Pertahanan berharga £4.5 Kebawah ialah pemain pertahanan yang telah bermain di PL musim lepas tetapi tidak berada di dalam senarai 30 teratas pada musim lepas. Pemain ini adalah salah satu daripada sumber untuk pemain murah untuk tujuan 'rotation' dalam pasukan.

     M. Lowton, B. Mee, D. Simpson, Federico Fernandez, dan M. Britos telah menguasai 5 stats dari senarai ini. Tetapi waktu permainan, 'attacking threat', potensi CS, jadual perlawanan, dan pemain yang kurang mengumpul kad mungkin perlu dilihat untuk membuat pembelian yang selamat diawal musim.

3. Pertahanan Baru berharga £4.5 Kebawah
BMM 4.5M Defender PL 2017-18
New 4.5M Defender PL 2017-18
     Ini adalah data pemain-pemain pertahanan dari pasukan yang baru melayakkan diri ke PL pada musim ini. Terdapat lima pemain yang mendominasi statistik iaitu L. Dunk, C. Schindler, C. Lowe, C. Clark, dan J. Lascelles tetapi perlu berhati-hati dengan bilangan kad yang dikumpulkan kerana ada antara mereka yang mengumpulkan jumlah kad yang agak tinggi di Championship pada musim lepas.

     Penilaian pemain-pemain pertahanan yang baru mungkin agak sukar diawal musim tetapi senarai ini boleh dijadikan panduan untuk memilihan yang terbaik diantara mereka. Biasanya pemain yang berpotensi besar akan dapat dilihat dengan lebih jelas selepas 2-3 gameweek Premier League berlangsung berdasarkan persembahan sebenar mereka. Sekiranya kita sudah memiliki mereka dari GW1, ianya adalah satu kelebihan besar kepada pasukan fantasi kita kerana jumlah 'free transfer' yang ada boleh digunakan untuk pemain tengah dan penyerang.

Lihat juga:
EPL Difficulty Table GW1-6
Analisis Data FPL 2016/17 Part 2 - Defender
Analisis Data FPL 2016/17 Part 1 - Goalkeeper

Kredit dan rujukan:
1. BMM datasheets.
2. https://uk.eurosport.yahoo.com/
3. whoscored.com

No comments:

Post a Comment