July 25, 2017

Analisis Data FPL 2016/17 Part 2 - Defender

     Ini adalah artikel bahagian kedua dimana, di dalam artikel bahagian pertama kita telah melihat data dan hasil analisis untuk penjaga goal. Di dalam artikel ini pula kita akan menganalisis data dan persembahan pemain pertahanan. Penilaian data ini penting bagi kita mendapatkan pemain pertahanan utama yang telah terbukti pada musim lepas bagi mengisi tempat pertahanan premium dalam pasukan fantasi.

Defender Data 2016/17 FPL
Defender Data 2016/17 FPL
Legend :
App: Appearances/Penampilan , GS: Goal Scored/Jaringan Goal , AS: Assist/Membantu , CS: Cleansheets/Tanpa Bolos , BNS: Bonus Point/Point Percuma , Pts.: Total Fantasi Points/Jumlah Point Fantasi , SHT: Shots/Rembatan , PAS: Passing/Hantaran , TA: Tackle Attempt/Bentesan Dilakukan , CLR: Clearances/Pelepasan , COR: Corner Kick/Sepakan Sudut , STS: Stats Domination/Penguasaan Statistik .

     Data diatas ialah data bagi pemain pertahanan yang berada ditangga 31 teratas dimusim FPL 2016/17. Seperti juga penjaga goal, faktor utama point fantasi untuk pemain pertahanan juga adalah Cleansheets. Tetapi terdapat satu lagi faktor utama point fantasi untuk pemain pertahanan iaitu 'Attacking Threat' ataupun Ancaman Serangan iaitu Jaringan Goal dan Assist.

     Bolehkah kita meletakkan Ancaman Serangan pemain pertahanan sama seperti 'Saves' yang dilakukan oleh penjaga goal sebagai faktor kedua penyumbang point? tidak sama sekali kerana Ancaman Serangan memberikan kesan yang lebih besar terhadap 'Bonus Point' dan point daripada goal dan assist juga lebih besar iaitu setiap Jaringan Goal 6 point, dan setiap Assist 3 point berbanding hanya 1 point untuk 3 saves yang dilakukan penjaga goal. Jadual diatas juga membuktikan tangga 8 teratas dikuasai oleh pemain yang melakukan lebih daripada 4 goal ataupun assist.

     Jadi bagi mendapatkan pemain pertahanan terbaik dan juga memastikan perlaburan £6.0 kita berbaloi terhadap pemain pertahanan premium, Ancaman Serangan dan Cleansheet mestilah menjadi panduan utama. Bagi Bonus Point pemain pertahanan, terdapat beberapa faktor lain lagi yang juga menyumbang kepada Bunus Point selain jaringan goal, assist, dan cleansheets. Antaranya ialah,  kejayaan pemain yang berjaya melakukan dengan tepat dalam 'Shots SHT, Passing PAS, Tackle TA, dan Clearances CLR.

     Bagi memudahkan perbandingan data dan statistik yang pelbagai ini data pemain telah hijaukan untuk 5 teratas bagi statistik Attacking Threat/Ancaman Serangan(GS, AS, SHT, PAS, COR) dan dibirukan untuk 10 teratas bagi statistik Cleansheets dan Bonus(CS, BNS, TA, CLR). Jadi bagi mengetahui pemain pertahanan yang paling mendominasi dalam semua statistik, jumlah statistik yang didominasi telah dikira dan dinyatakan dalam kolum Stats Domination/Penguasaan Statistik STS.

     Terdapat 11 pemain telah mendominasi statistik dengan minimum 3 STS dan mereka telah diwarnakan kuning di dalam jadual diatas. Daripada analisis ini juga terbukti bahawa stats pemain adalah selari dengan point fantasi Pts. dimana 5 pemain tertinggi dalam point fantasi juga dikuasai oleh pemain yang mempunyai minimum 4 penguasaan stats STS.

    Jadi pemain-pemain ini sangat berpotensi untuk mengulangi perkara yang sama pada musim 2017/18 kerana stats dan persembahan menunjukkan mereka adalah yang terbaik melainkan mereka tidak bermain ataupun bermain diposisi baru pada musim akan datang.

Lihat juga:
Analisis Data FPL 2016/17 Part 1 - Goalkeeper
Detailed Analysis on Clean Sheets of EPL teams
Major FPL Mistakes to be avoid


Kredit dan rujukan:
1. BMM datasheets.
2. https://uk.eurosport.yahoo.com/

No comments:

Post a Comment