April 10, 2019

EPL Difficulty Table GW34-38: Double Gameweek Special

BMM EPL Difficulty Table
Ini adalah jadual kesukaran bagi musim 2018-19 dimana penilaian terperinci terhadap jadual perlawanan semua pasukan Premier League bagi musim 2018-19 dilakukan. Artikel ini akan dikemaskini dan diterbitkan setiap tiga minggu perlawanan(gameweek).



EPL Difficulty Table GW34-38
EPL Difficulty Table GW34-38

   Jadual kesukaran ini dihasilkan berdasarkan pengiraan data setiap pasukan pada masim ini iaitu musim 2018-19.
 
 
   Dibawah adalah hasil pengiraan setelah data pertahanan dan serangan dianalisis. Hasilnya menunjukkan senarai pasukan yang perlu diberi tumpuan untuk Minggu Perlawanan(GW) akan datang.
 
   Jadual kesukaran kali ini agak istimewa kerana kita akan menumpukan penilaian untuk GW34 dan GW35 dimana kedua-dua GW ini adalah Double Gameweek(DGW). Ini adalah bermatlamat untuk memaksimumkan mata dari dua DGW ini.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Cleansheets:



Best Cleansheet Potential GW34-38
Best Cleansheet Potential GW34-38
 
Berpotensi tinggi untuk Cleansheets:

  1. Liverpool
  2. Tottenham - DGW35
  3. Wolves - DGW35
  4. Manchester City - DGW35
  5. Watford - DGW35
  6. Everton
  7. Chelsea
  8. Brighton - DGW34 & DGW35
  • Diatas adalah senarai pasukan-pasukan yang berpotensi tinggi untuk Cleansheets(CS) berdasarkan analisis dan perbandingan data.
  • Liverpool menguasai carta untuk peluang tinggi untuk mendapat Cleansheet bagi perlawanan menentang Chelsea dan Cardiff tetapi Liverpool tidak mempunyai DGW.
  • Tottenham melonjak naik ketangga kedua dibawah Liverpool menunjukkan aset pertahanan mereka perlu diberi perhatian khusus untuk DGW.
  • Wolves, Manchester City, dan Watford adalah tiga lagi pasukan yang mempunyai DGW berada di tempat ketiga hingga kelima menunjukkan fixtures yang bagus dan pemain pertahanan perlu dipertimbang untuk membarisi pertahanan pasukan setiap pengurus Fantasy Premier League(FPL).
  • Brighton yang mempunyai dua DGW berada ditempat kelapan juga boleh diberikan perhatian kerana fixtures yang bagus dan aset pertahanan meraka juga murah.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Jaringan Gol:

Best Goal Scoring Potential GW34-38
Best Goal Scoring Potential GW34-38

Berpotensi tinggi untuk jaringan gol:
  1. Tottenham - DGW35
  2. Liverpool
  3. Manchester United - DGW35
  4. Manchester City - DGW35
  5. Arsenal - DGW35
  6. Bournemouth
  7. Watford - DGW35
  8. Leicester
  • Diatas adalah senarai pasukan-pasukan yang mempunyai peluang besar untuk jaringan gol setelah perbandingan data dan fixtures perlawanan akan datang.
  • Hampir sama seperti potensi CS, pasukan Tottenham juga melonjak naik untuk analisis potensi jaringan gol, malah terus ke tempat pertama mengatasi pasukan lain.
  • Liverpool di tempat kedua walaupun tiada DGW, jadi jika anda tidak menggunakan Wildcard(WC) mungkin berbaloi untuk menyimpan pemain serangan Liverpool.
  • Manchester United, Manchester City dan Arsenal adalah tiga pasukan yang mempunyai kelebihan DGW mengekori ditangga ketiga hingga kelima.
  • Jika anda mempunyai bajet yang terhad, aset murah dari Bournemouth, Watford dan Leicester boleh diambil untuk beberapa minggu akan datang.
   Perlu diambil perhatian juga bahawa ada perlawanan Champions League sedang berlangsung di pertengahan minggu ini, jadi adalah lebih baik jika anda memeriksa jadual dan laporan kecederaan pemain sebelum memuktamatkan perpindahan pemain.


Berhubung dengan rakan-rakan di Facebook!
Like BMM on FB

Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk  Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
Medium
Hard
4. Nombor-nombor di dalam kotak adalah keputusan pengiraan kesukaran, nombor tersebutlah yang menetapkan tahap-tahap kesukaran.
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.

No comments:

Post a Comment