February 05, 2021

Top 3 Penyerang Underrated Tahun 2021

   Tahukan anda? Siapakah penyerang bargain dan underrated pada tahun ini? Siapakah penyerang yang berharga murah dan mampu memberikan anda mata yang berbaloi? Baca artikel ini sehingga habis kerana kami akan menyenaraikan tiga nama utama yang berada didalam kelompok ini.

Top 3 Penyerang Underrated Tahun 2021
kredit - punditarena

1. Patrick Bamford

Nama pertama yang berada ditangga teratas dalam senarai kami ialah Patrick Bamford. Mempunyai jaringan gol dan assist yang sama dengan Jamie Vardy iaitu dengan 11 gol dan 8 assist.

Top 3 Penyerang Underrated Tahun 2021
kredit - thetimes

Diri segi mata fantasy pula Bamford ialah penyerang kedua yang memiliki paling banyak point iaitu sebanyak 124 mata. Tempat pertama ialah Harry Kane 143 mata diikuti Jamie Vardy dengan hanya 116 mata.

Harganya diawal musim hanyalah 5.5M dan harga terkini pada 6.6M masih tetap didalam kategori murah untuk penyerang kedua tebaik Fantasy Premier League tersebut.

Jika dia terus kekal cergas dan Leeds United terus dengan taktikal menyerang, tidak mustahil Bamford akan masuk kedalam kategori penyerang yang menjaringkan 20 gol satu musim.

2. Callum Wilson

Di tempat kedua ialah penyerang berpengalaman yang bermain untuk Bournemouth FC pada musim lepas. Beliau terus mencatatkan namanya sebagai penjaring Premier League yang konsisten apabila menjaringkan 10 gol dan 6 assist pada musim ini untuk Newcastle United.

Top 3 Penyerang Underrated Tahun 2021
kredit - theatletic

Mengumpulkan 115 mata fantasi untuk meletakkan beliau betul-betul dibawah Jamie Vardy dengan beza hanya 1 mata fantasi.

Pada harga terkini iaitu 6.8M, memiliki beliau masih dianggap sangat berbaloi untuk jumlah mata sebanyak itu.

3. Ollie Watkins

Penyerang muda dan lincah yang memecah rekod perpindahan termahal Aston Villa sebagai penyelesaian kepada masalah ketiadaan penyerang prolifik sejak sekian lama.

Top 3 Penyerang Underrated Tahun 2021
kredit - premierleague

Sehingga kini beliau belum pernah terlepas satupun perlawanan Aston Villa bermula gameweek kedua musim ini membuktikan kepentingannya kepada pasukan.

Walaupun beliau mencatatkan mata fantasi terendah berbanding Bamford dan Wilson iaitu hanya 95 mata tetapi rekod 9 gol dan 4 assist setakat ini tidak patut dinafikan.

Harga fantasinya adalah paling rendah berbanding dua lagi penyerang lain dalam senarai ini iaitu hanya 6.3M.

Inilah tiga nama penyerang bargain dan underated untuk tahun 2021, sudahkah anda memiliki mereka?

No comments:

Post a Comment