February 11, 2021

Top 3 Pemain Tengah Underrated Tahun 2021

    Tahukan anda? Siapakah pemain midfielder bargain dan underrated pada tahun ini? Siapakah pemain tengah yang berharga murah dan mampu memberikan anda mata yang berbaloi? Baca artikel ini sehingga habis kerana kami akan menyenaraikan tiga nama utama yang berada didalam kelompok ini.

Top 3 Pemain Tengah Underrated Tahun 2021
Kredit - SkySport

1. Jack Grealish



Ya, itulah nama pemain yang berada ditangga teratas dalam kelompok pemain tengah murah, bintang utama Aston Villa iaitu Jack Grealish. Pada harga hanya 7.8M, beliau mempunyai mata fantasi sebanyak 127 mata setakat ini dan itu adalah lebih tinggi berbanding beberapa pemain tengah premium seperti Reheem Sterling, Marcus Rashford, dan Sadio Mane.

Top 3 Pemain Tengah Underrated Tahun 2021
Kredit - The Athetic

Untuk rekod semasa, beliau telah merekodkan enam jaringan gol dan dua belas assist. Dua belas assist untuk pemain tengah yang berharga hanya 7.8M, itu adalah sangat berbaloi.

Antara faktor yang menyebabkan beliau mempunyai mata yang tinggi ialah kerana beliau adalah pusat bola kreativiti bagi Aston Villa dan beliau adalah nama utama untuk menyudahkan sepakan percuma ataupun penalti.


2. Ilkay Gundogan

Top 3 Pemain Tengah Underrated Tahun 2021
Kredit - The Guardian

Tidak sukar untuk meletakkan Gundogan ditempat kedua kerana beliau dilihat seperti penyelamat kepada pasukan Manchester City. Ketika Manchester City mengalami ketandusan jaringan gol dari pemain-pemain utama, Gundogan telah pun menjaringkan sembilan gol dan satu assist setakat ini.

Beliau diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan penalti ketika ketiadaan Kevin De Bruyne dan itu adalah kelebihan besar buat pemain berharga 6.0M ini.

Beliau telah mengumpulan sebanyak 104 mata fantasi.


3. Tomas Soucek

Pemain tengah West Ham United, Tomas Soucek berada ditangga ketiga dalam senarai ini, beliau mempunyai harga yang paling murah berbanding dua lagi pemain dalam senarai ini iaitu hanya 5.4M. Telah menjaringkan 8 gol dan satu assist buat masa sekarang.

Top 3 Pemain Tengah Underrated Tahun 2021
Kredit - Sky Sports

Walaupun konsistensi beliau adalah lebih rendah berbanding Grealish dan Gundogan, tetapi beliau adalah berbaloi untuk diletakkan sebagai pemain tengah kelima dalam pasukan fantasi anda.

Ini kerana beliau adalah pemain utama pasukan West Ham United dan pasti diturunkan pada setiap perlawanan. Anda hanya perlu membuat pilihan tepat berdasarkan kesukaran perlawanan Premier League samada beliau berada di dalam kesebelasan utama pasukan fantasi anda ataupun hanya dibangku simpanan.

No comments:

Post a Comment