November 09, 2019

Filosofi Lima Kapten Unai Emery

"Idea pertama saya ialah memiliki 5 orang kapten didalam pasukan" - Unai Emery, 13 Julai 2018

Filosofi Lima Kapten Unai Emery

KAPTEN,

Kapten didalam sesebuah pasukan bolasepak adalah seorang yang sangat penting.

Dikalangan pemain-pemain, kapten adalah ketua mereka, orang lama yang mempunyai pengaruh paling besar dikalangan pemain.

Seorang yang berpengaruh dan mampu menaikkan semangat pemain-pemain lain, juga menjadi contoh dan ikutan.

Kapten juga adalah seorang yang berkaliber dan bijak mengawal emosi, dan hebat menaikkan moral rakan-rakan pemain lain.

Lihat sahaja kaliber "Patrick Viera" yang pernah membimbing Arsenal sehingga mendapat beberapa kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Patrick Viera-Antara Kapten Terbaik
Patrick Viera-Antara Kapten Terbaik

Kapten yang bagus kebiasaannya sukar dicari jadi agak sukar dan jarang untuk ditukar-tukar ganti kecuali apabila cedera dan digantung perlawanan.

Apabila kapten tiada kebiasaannya orang kedua berpengaruh dikalangan pemain akan mengambil alih tugas sebagai pembantu kapten iaitu 'Vice Captain'.

Kebiasaannya hanya 2 orang VC dilantik dalam sesebuah pasukan, VC kedua bertindak sebagai backup kepada VC pertama.

Mereka bertiga iaitu Kapten, Vice Kapten 1 dan 2 kebiasaannya mempunyai hubungan yang akrab dan serasi.

Pemusatan kuasa dan pengaruh kepada seorang kapten ini sekaligus dapat menyatupadukan dan membimbing pemain-pemain lain dengan lebih mantap dan mudah.

Inilah filosofi kapten yang terbukti 'Proven Captain Philosophy' yang biasa di Liga Perdana Inggeris dan amnya dalam dunia bolasepak.

Walaupun filosofi kapten ini mempunyai faktor yang sangat tinggi untuk berjaya tetapi ia mempunyai sedikit kelemahan iaitu kekurangan fleksibiliti terhadap taktikal yang akan digunakan.

Tetapi ianya dapat diatasi dengan mudah jika pengurus pasukan juga adalah seorang yang juga berkaliber dan mesra pemain.

Pengurus ataupun ketua jurulatih perlu menggunakan kemahiran kepimpinannya untuk menjadi rakan kepada pemain-pemain dengan meningkatkan keserasiannya dengan kapten pasukan.

Keserasian yang tinggi diantara pengurus dan kapten dapat meningkatkan fleksibiliti dan keberkesanan taktikal.

Buktinya boleh dilihat pada keserasian diantara Pep Guardiola dan Kevin De Bruyne yang serasi umpama adik beradik.

Keserasian yang tinggi diantara Pep dan KDB
Keserasian yang tinggi diantara Pep dan KDB

FILOSOFI LIMA KAPTEN UNAI EMERY,

Apa pula filosofi 5 kapten?

Filosofi lima kapten ialah filosofi kapten ciptaan Unai Emery yang menjadi teras taktikalnya sebagai pengurus.

Berikut ucapan Unai Emery apabila ditanya mengenai kapten Arsenal pada 13 Julai 2018.

"Idea pertama saya ialah memiliki 5 orang kapten didalam pasukan" - Unai Emery

Unai Emery menyertai Arsenal menggantikan Arsene Wenger yang meninggalkan Arsenal pada bulan May tahun yang sama.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa perkara pertama yang akan dilaksanakan di Arsenal ialah filosofi lima kapten.

Ianya sudah tentu telah pun mendapat sokongan padu daripada board of director untuk dilaksanakan kerana ianya adalah perkara besar yang berbeza dengan filosofi kebiasaan Arsenal.

Filosofi lima kapten adalah suatu filosofi yang berlainan daripada kebiasaan dimana lima orang kapten dilantik sekaligus sepanjang musim.

Kelebihan paling besar bagi filosofi ini ialah kepada pengurus dimana pengurus akan memiliki kuasa penuh terhadap pasukan dan mengawal sepenuhnya pemusatan kuasa dan pengaruh.

Membahagikan kuasa kapten pasukan kepada lima adalah umpama teori pecah dan perintah bagi memudahkan pengurus menukar taktik sekelip mata pada bila-bila masa.

Pengaruh kapten akan mengecil sekaligus memudahkan pengurus untuk mengatur taktikal tanpa memerlukan kemahiran pengurusan yang tinggi untuk meyakinkan kapten.

Kuasa kapten yang mengecil juga menyebabkan kapten yang berkaliber dan pemain berpengalaman tidak lagi diperlukan.

Kapten yang dilantik akan lebih ditumpukan kepada pelaksanaan taktikal pengurus semata-mata.

Kapten yang dilantik ada yang bersifat attacking, defensive, dan lain-lain lagi.

Pemain-pemain pula hanya perlu berubah mengikuti taktik kapten semasa yang dipilih pengurus.

Menggunakan filosofi ini pengurus dengan lebih mudah boleh meletakkan kapten dibangku simpanan.

Filosofi ini juga adalah kelebihan bagi pengurusan(board) untuk melepaskan pemain-pemain berpengalaman dengan kos yang rendah dengan cepat.

Kerana apabila kapten berkaliber dan pemain berpengalaman kerap diletakkan dibangku simpanan, mereka sendiri akhirnya akan meminta untuk keluar dari kelab dengan sukarela.

Cabaran besar bagi filosofi ini ialah kepada pemain-pemain dimana pemain-pemain perlu melakukan banyak kerja keras untuk membentuk keserasian dengan kapten yang sentiasa berubah.

Selain itu pemain-pemain juga perlu bekerja keras bagi membentuk persefahaman dengan lima orang kapten berbanding hanya seorang kapten bagi filosofi biasa.

Walaupun ia terbukti berjaya untuk jangka pendek tetapi ia pada hakikatnya akan membawa kerosakan besar untuk jangka panjang.

Ini terbukti apabila mengikut rekod Unai Emery tidak pernah mengekalkan jawatannya lebih dari dua musim.

Sebagai contohnya di PSG,

Walaupun menang tiga piala dalam satu musim di PSG, board of director PSG cepat mengambil tindakan dengan tidak menyambung kontrak Unai Emery setelah krisis yang mula disuarakan oleh kapten PSG iaitu Thiago Silva.

Filosofi ini pada hakikatnya mengabaikan terus tanggungjawab asas kapten sebagai pembimbing dari segi moral kepada pemain-pemain lain.

Jadi semakin lama moral pemain akan makin merudum berikutan tiadanya kapten yang berkaliber dan berpengalaman untuk membimbing.

Perubahan kapten yang kerap juga menyebabkan moral para pemain cepat menurun berikutan kesukaran membentuk keserasian dan perpaduan dengan jumlah kapten yang ramai dalam sesuatu masa.

Berbanding di PSG yang sempat dibendung Boardnya, kerosakan di Arsenal adalah lebih parah pada pemerhatian para peminat, tetapi dari sudut pandang Board Of Director Arsenal ianya mungkin kejayaan besar.

Sewaktu artikel ini ditulis filosofi lima kapten telah memasuki fasa yang lebih tinggi di Arsenal dan struktur pasukan Arsenal sehingga sekarang sudah hampir sepenuhnya bertukar, legasi yang pernah diasaskan Arsene Wenger seperti sudah tiada lagi.

Ianya bermula dengan tindakan kapten Arsenal yang berpengalaman Laurent Koscielny, 32 yang enggan menyertai kem latihan pramusim dilihat sangat tidak bersetuju dengan filosofi Unai Emery dan telah pun meninggalkan Arsenal.

Diikuti Nancho Monreal, 33 juga berpengalaman menyandang sebagai kapten, telah beraksi dengan cemerlang sepanjang pramusim dan tiba-tiba menandatangi kontrak dengan kelab lain sebelum sepak mula Premier League bermula.

Aaron Ramsey, 28 juga seorang yang berkaliber sebagai kapten Wales turut meninggalkan Arsenal dalam musim yang sama.

Shkodran Mustafi, 27 dan Mesut Ozil, 31 pula dua lagi pemain yang berpengalaman di pelbagai peringkat dan berpengalaman menyandang sebagai kapten turut sukar dilihat di kesebelasan utama Premier League, hanya dilihat pada perlawanan Carabao Cup.

Jika Mustafi dan Ozil turut meninggalkan Arsenal pada Januari ini, Arsenal bakal berhadapan krisis kekurangan pemain berkaliber yang boleh membimbing pemain-pemain lain sekaligus merosakkan lagi moral pemain-pemain lain.

Walaupun pada Board ianya adalah kejayaan besar kerana berjaya melepaskan kesemua pemain berpengalaman tetapi ianya pada hakikatnya adalah suatu kerosakan total dalaman yang sedang berlaku.

Arsenal sedang mengalami satu fasa transisi yang drastik mengakibatkan hilangnya kestabilan dari segi moral dan krediabiliti.

Usaha yang diperlukan untuk membaik pulih kembali moral dan krediabiliti yang hilang akan memerlukan kos yang lebih besar daripada keuntungan jangka pendek yang diperolehi sekarang.

Ianya mungkin memerlukan pembinaan semula pasukan secara keseluruhan.

Filosofi lima kapten adalah yang pertamanya dilaksanakan di kelab Premier League, dan kita harus mengambil peluang ini untuk belajar kesan pelaksanaannya kepada pasukan Arsenal.

Yang terkini kapten yang baru dilantik Unai bagi musim 2019/20 iaitu Granit Xhaka, 27 telah gagal mengawal emosinya dihadapan peminat dan kini bakal digantikan oleh Piere-Emerick Aubameyang, 30.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Dari segi Fantasi Bolasepak FPL, penulis merasakan tiada pemain Arsenal berbaloi untuk diambil sehinggalah revolosi yang dilakukan Board dan Unai Emery belum selesai.

Ditulis oleh:
Jie Ni
9 November 2019
FILOSOFI LIMA KAPTEN UNAI EMERY

No comments:

Post a Comment