[5 krisis kritikal yang dihadapi Pep Guardiola dan Manchester City]
Berikut dirangkulkan 5 krisis yang paling kritikal yang sedang dihadapi Pep,
1. Kurang perlindungan pertahanan tengah(center back).
Nicholas Otamendi dilihat selalu melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
Fernandinho yang berusia 34 tahun tidak cukup kelajuan untuk bermain secara 'fast-moving defense playing a high line'.
Aymeric Laporte - Cedera, dijangka kembali paling awal tahun depan.
John Stones - Cedera, dijangka kembali selepas cuti perlawanan antarabangsa.
Ketiadaan 'ball playing centerback' ini menyebabkan taktikal Pep tidak berkesan.
2. Polisi dan kelebihan Pep dalam pertukaran pertahanan tepi (full back).
"Guardiola bought more fullbacks, because he really love buying fullbacks(strong fullback)"
Polisi kegemaran Pep Guardiola tidak dapat dilaksanakan dengan berjaya samada sebelah kiri atau kanan.
Fullback kiri,
Tiada pilihan terbaik dan tidak banyak pilihan berikutan kecedaraan Benjamin Mendy.
Walaupun pemain "type" seperti Benjamin Mendy adalah pilihan utama Pep, tetapi Zichenko terpaksa digunakan kerana krisis kecederaan Mendy.
Angelino yang baru ditandatangani pula langsung tiada dalam senarai pasukan.
Fullback kanan,
Kyle Walker yang bermain hampir setiap perlawanan kerana tiada pemain lain yang mampu menggantikannya di sebelah kanan menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Joao Cancelo cuba dibawa untuk bersaing dengan Walker tetapi masih jauh dari potensi yang harapkan.
Cancelo walaupun adalah pemain sebelah kanan tetapi juga di gunakan di sebelah kiri sebagai gantian kepada Zichencko membuktikan kekurangan City pada posisi tersebut.
3. Kurang perlindungan di bahagian tengah (center midfield).
Ketiadaan Fernandinho di bahagian tengah, Fernandinho adalah pemain penting di bahagian tengah taktikal Guardiola yang telah membawa kejuaraan Premier League untuk dua musim berturut-turut.
Fernandinho bukan sahaja bersifat 'commanding defensive midfielder' tetapi banyak memberikan perlindungan kepada 'back four'.
Rodri telah bermain dengan bagus tetapi tidak mampu memberikan perlindungan terhadap 'back four' seperti Fernandinho.
Kesilapan mudah dilakukan Rodri telah membawa kepada gol kedua Wolves pada perlawanan hujung minggu lepas.
Fernandinho tidak mungkin melakukan kesilapan seperti ini, dan biasanya akan membawa bola keluar dari zon bahaya.
4. Manchester City terlalu gopoh - Pep Guardiola
"Kita melepaskan dua situasi dengan dua kali kehilangan bola semasa 'build-up' " - Pep Guardiola, merujuk kepada kesilapan Rodri dan Cancelo.
Manchester City bukan sahaja sukar untuk menghasilkan hantaran bola yang kreatif dan berbahaya tetapi juga banyak mengsia-siakan peluang didepan gol apabila data menunjukkan 20.6 percubaan setiap perlawanan dari Manchester City tidak dapat diterjemahkan kepada gol.
5. Perisai rahsia Manchester City dan Pep Guardiola sudah mula diketahui dan ditembusi
Musim-musim lepas pasukan bukan 'big six' adalah pasukan belasahan dan ratahan bagi Guardiola dan tenteranya.
Musim ini tidak lagi apabila pasukan bukan 'big six' bukan sahaja mampu mengelakkan kalah besar tetapi juga sudah mula mampu mengalahkan Manchester City.
Manchester City telah kalah 4 kali dalam 20 pertemuan bertemu pasukan bukan 'big six' seperti West Ham, Brighton, Watford, dan Wolves.
City dilihat sukar untuk bermain dengan pasukan yang bermain secara 'deep defend', 'rapid counterattacks' dan juga sukar melakukan 'comeback' apabila ketinggalan gol.
Dibawah Pep Guardiola, Manchester City masih dianggap pasukan terbaik untuk belajar dari kekurangan dan kesilapan.
Adakah Manchester City mampu untuk kembali bangkit dan memberikan saingan kepada Liverpool?
Penulis,
Jie Ni
15 October 2019
Pep Guardiola bakal karam bersama Manchester City
[5 krisis dihadapi Pep Guardiola dan Manchester City]
No comments:
Post a Comment