September 08, 2017

EPL Difficulty Table GW4-9

BMM EPL Difficulty Table
Ini adalah jadual kesukaran bagi musim 2017/18 dimana kita akan melakukan penilaian terperinci terhadap jadual perlawanan semua pasukan Premier League bagi musim 2017/18. Artikel ini akan dikemaskini dan diterbitkan setiap 3 Gameweek.

Difficulty Table GW4-9
Difficulty Table GW4-9
Diatas ialah jadual kesukuran untuk GW4-9 berdasarkan data terkini dari GW1-3 musim 2017-18. Dibawah adalah keputusan-keputusan secara terperinci apabila perlawanan 6 GW + Home Game(hgm) dijadikan pemberat utama.

Fixtures Terbaik untuk 6 GW:
Best Fixtures in next 6 GW
Best Fixtures in next 6 GW
Pasukan dengan fixtures terbaik untuk 6 GW berikutnya mengikut ranking:

1. Man. Utd
Fixtures yang sangat bagus kecuali hanya Liverpool(away) mungkin agak sukar dalam senarai United.

2. Leicester
Chelsea dan Liverpool home game mungkin agak sukar tetapi Leicester bertahan dengan baik pada musim ini ditempat sendiri dengan 4 perlawanan lagi yang agak baik.

3. Man. City
Juga sama bagi City iaitu hanya Liverpool dan Chelsea sahaja pasukan besar dalam senarai.

4. Arsenal
Arsenal mempunyai home game yang sangat baik dan agak sukar untuk perlawanan away kerana akan bermain dengan Chelsea dan Everton di tempat lawan.

5. Southampton
Hanya pertembungan dengan United ditempat sendiri adalah sukar dan disokong dengan fixtures yang baik bagi perlawanan away.

6. Newcastle
Gameweek 7 dan 8, pertembungan dengan Liverpool dan Southampton adalah sukar tetapi 4 perlawanan lain adalah perlawanan yang sangat baik untuk mencatatkan kemenangan.

7. Liverpool
Analisis data menunjukkan Liverpool akan menghadapi kesukaran untuk 6 GW berikutnya apabila perlawanan ditempat sendiri dan tempat lawan adalah sukar kerana Man.City, Leicester, Man.Utd, dan Spurs dalam senarai.

8. Everton
3 perlawanan yang bagus dan 3 perlawanan yang sukar bagi Everton, lihat kepada pemain Everton selepas GW5.

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Cleansheets:
Best Defending Potential
Best Defending Potential
Berpotensi tinggi untuk Cleansheets:
  1. Man. Utd
  2. Man. City
  3. Leicester
  4. Everton
  5. West Brom

Pasukan dengan potensi terbaik untuk Jaringan Goal:
Best Attacking Potential
Best Attacking Potential
Berpotensi tinggi untuk jaringan gol:
  1. Man. Utd
  2. Arsenal
  3. Southampton
  4. Chelsea
  5. Leicester

Catatan:
1. Semua data adalah berdasarkan persembahan terkini pasukan-pasukan musim 2016/17, kesukaran-kesukaran dikira berdasarkan kesukaran perlawanan ditempat sendiri dan juga ditempat lawan.
2. Jika perkataan/nama pasukan lawan berhuruf besar, contohnya "LIV", itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat sendiri melawan Liverpool. Jika nama/perkataan pasukan lawan berhuruf kecil dan diikuti (a) contohnya "Liv(a), itu bermaksud ia adalah perlawanan ditempat lawan menentang Liverpool.
3. Tahap-tahap kesukaran dibezakan melalui warna-warna, Hijau/Green untuk  Mudah/Easy, Kuning/Yellow untuk Sederhana/Medium, dan Merah/Red untuk Sukar/Hard.
Easy
Medium
Hard
4. Nombor-nombor di dalam kotak adalah keputusan pengiraan kesukaran, nombor tersebutlah yang menetapkan tahap-tahap kesukaran.
5. Tahap kesukaran untuk Mudah/Easy(-2.5 to -20), Sukar/Hard(2.5 to 20), lebih besar nombor bermaksud perlawanan akan semakin mudah ataupun semakin sukar.
6. FP=Fixtures Points, point-point yang diterangkan dalam catatan no.5.
7. Legend: 3gm = 3 games, 6gm = 6 games, hgm = home games, GW = Gameweek.

Lihat Juga:
Analisis Data FPL 2016/17 Part 1 - Goalkeeper
Peralihan Bahasa untuk Laman Ball Manager Malaysia
Searching the best player based on last 6 gameweeks

No comments:

Post a Comment